July 27, 2024

Anugerah Bina Badan Enrich 2024 hargai usaha semua pihak

Anugerah Bina Badan Enrich 2024 hargai usaha semua pihak


KUALA LUMPUR – Anugerah Bina Badan Enrich 2024 melakar sejarah apabila pertama kali dianjurkan dalam usaha menghargai setiap atlet bina badan dalam negara.

Penganjur, Krishna Kumar berkata, pada masa sama, acara itu juga mendapat kerjasama banyak syarikat yang turut bertujuan untuk menarik untuk lebih ramai masyarakat berminat menyertai sukan bina badan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha yang menjayakan majlis anugerah yang pertama kali kami melibatkan semua atlet-atlet dari pelbagai persekutuan yang terdapat di negara.

“Untuk pengetahuan, ramai yang ingin menyertai acara ini namun ia diadakan secara tertutup akibat kekangan bajet untuk dijayakan.

“Ini kerana anugerah ini bukan anjuran kebangsaan dan hanya dianjurkan oleh sebuah kelab kecil sahaja yang tidak mempunyai bajet besar untuk menjemput lebih ramai tetamu,” katanya selepas majlis itu di sini.

Anugerah Bina Badan Enrich 2024 dianjurkan Kelab Bina Badan Enrich mempertandingkan 27 kategori ini yang bukan sahaja mengangkat atlet, malah individu belakang tabir.

Sementara itu, pempengaruh kesihatan, Dr. Aiesha Asmadi menerima anugerah pencapaian terbaik buat atlet bina badan wanita selepas bertahun-tahun lamanya menceburi bidang itu.

Dia yang juga bekas pesakit kanser payudara itu, pernah menjulang gelaran juara dunia National Amateur Body-Builders’ Association (NABBA) 2022 dan 2023, berhasrat untuk mempertahankan gelarannya tahun ini di Birmingham.

“Saya ingin jadikan kemenangan ini sebagai simbolik kepada semua orang di luar sana yang sedang mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top