June 18, 2024

Apa lagi alasan untuk terus biarkan Najib di penjara? – Puad


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mempersoalkan apakah kerajaan akan mencipta alasan lain lagi untuk terus membiarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam penjara.

Sedangkan kata beliau, sebelum ini,  titah adendum dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dikatakan dibuat di luar Mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Bloomberg melaporkan PMX akan menasihatkan supaya tahanan dalam rumah untuk Najib hanya dipertimbangkan selepas kes 1MDB selesai.

“Kalau berita itu tepat bermakna ini alasan baru. Sebelum ini dikatakan Titah Adendum YDP Agong ke 16 dibuat di luar Mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Sudah pasti rakyat akan tuduh PMX tidak mahu tahanan dalam rumah untuk Najib dilaksanakan walaupun titah adendum itu wujud dan benar.

“Selepas ini akan ada lagi alasan lain digunakan. Tunggu selesai kes saman 1MDB, kes saman SRC, kes tunggakan LHDN RM1.6 Bilion dan lain lain. Biar Najib tunggu PRU 17-18 selesai.

“Apa jadi kalau kenyataan ini dibuat sebelum hari mengundi PRK Kuala Kubu Baharu yang lalu? Pengundi UMNO sahaja yang tahu,” tulis di Facebook miliknya.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim pertahankan pendirian bahawa tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak dipertimbangkan selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

Bercakap dalam wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar di Doha, Anwar berkata, beliau akan memberikan cadangan tersebut jika Yang di-Pertuan Agong meminta pandangan berkaitan perkara tersebut. – MalaysiaGazette

Pertimbangan tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai – PM



Source link

OR

Scroll to Top