Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata menyerahkan sepenuhnya kepada bakal isterinya, Bella Astillah dalam merancang urusan perkahwinan mereka.
Memetik BH Online, Syed Saddiq berkata apa yang menggembirakan bakal isterinya akan membuatkan dirinya gembira.
BACA: Rakan Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang Simple
“Apa sahaja yang menggembirakan dia (Bella Astillah), akan menggembirakan saya juga.
“Dalam bab ini, memang dia (Bella) adalah pakarnya. Bagi diri saya, perkara paling penting adalah majlis nikah itu sendiri.
“Pengakhiran itu lebih utama, manakala proses (majlis perkahwinan) bagaimana itu, terpulang kepada dia (Bella),” kongsinya.
Sementara itu, Syed Saddiq memberi bayanganmajlis perkahwinan mereka bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Pada 28 Mac lalu, Syed Saddiq dan Bella selamat mengikat tali pertunangan. Saddiq memberikan hantaran simpanan kewangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella, serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada dua anaknya.
Sumber: BH Online






