Aprena Manrose Dah Tak Bertudung?

Aprena Manrose Dah Tak Bertudung?


Penampilan terbaru pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian apabila tidak mengenakan tudung ketika penggambaran drama terbaru Nur Untuk Ariff.

Menerusi video dikongsikan di Instagram D’ Ayu Pictures, memaparkan Aprena tidak memakai tudung ketika melakonkan beberapa babak.

BACA: “Dalam Tempoh Idah Kami Cuba Berbaik Tapi Allah Kata Sudah Berakhir”

Difahamkan, Aprena bergandingan dengan Nazim Othman menerusi drama terbaru yang akan ditayangkan dijangka pada tahun hadapan.

Terdahulu, penampilan Aprena menjadi perhatian apabila dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi sekalogis menjadi bualan.

Bagaimanapun, Aprena mengakui dia hanyalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan serta menyifatkan ianya ujian buat dirinya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top