Kalau dulu permainan video sering dianggap sekadar hobi yang membuang masa, realitinya hari ini sudah jauh berubah.
Generasi muda kini membesar dalam dunia digital yang sentiasa berada di hujung jari.
Tanpa disedari, minat yang bermula sebagai hiburan sebenarnya mampu membuka laluan kepada kerjaya global bernilai tinggi dalam industri kreatif paling pesat berkembang ketika ini.
Bayangkan, daripada sekadar menamatkan misi dalam permainan kegemaran, seseorang boleh menjadi individu di sebalik pembinaan dunia permainan itu sendiri.
Lebih menarik, judul-judul ikonik dunia seperti The Last of Us Part II, Street Fighter V, Call of Duty, Final Fantasy XV dan Baldur’s Gate 3 turut menerima sentuhan bakat dari rantau ini, sekali gus membuktikan keupayaan tenaga kerja Malaysia di pentas antarabangsa.
Seiring perkembangan ini, Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) muncul sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang menyediakan laluan jelas kepada mereka yang ingin menjadikan minat permainan video sebagai kerjaya profesional.
Daripada hobi ke dunia penciptaan digital
Pembangunan permainan video bukan sekadar bermain, tetapi satu proses kompleks yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan seni dalam satu ekosistem.
Ia merangkumi penceritaan, pengaturcaraan, reka bentuk permainan serta elemen visual yang membentuk pengalaman pemain secara menyeluruh.
Secara asasnya, bidang ini berdiri atas tiga teras utama iaitu teknologi permainan yang menggerakkan sistem dan kod, reka bentuk permainan yang membentuk pengalaman pemain, serta seni permainan yang mencipta visual dan identiti dunia digital.
Gabungan ketiga-tiga elemen ini menjadikan setiap permainan video satu produk kreatif yang kompleks, sama ada dalam bentuk permainan mudah alih atau dunia terbuka berskala besar.
Program berteraskan industri
Di APU, program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pembangunan Permainan Komputer dibangunkan dengan pendekatan berasaskan industri sebenar.
Kurikulumnya dirangka dengan kerjasama studio antarabangsa seperti Larian Studios, Virtuos Kuala Lumpur, Codemasters dan Passion Republic bagi memastikan setiap silibus selari dengan keperluan semasa industri global.
Pendekatan ini membolehkan graduan bukan sahaja memahami teori, tetapi turut bersedia untuk terus berfungsi dalam persekitaran kerja sebenar.
Lebih menarik, pelajar boleh memilih pengkhususan dalam bidang seni permainan atau teknologi permainan seawal semester kedua, membolehkan mereka memberi fokus kepada bidang yang diminati secara lebih mendalam.
Dipacu pengamal industri
Keunikan utama program ini terletak pada pendekatan pembelajaran berasaskan projek.

Setiap semester, pelajar akan membangunkan permainan sebenar dalam kumpulan yang meniru suasana studio profesional.
Mereka menghasilkan prototaip permainan yang boleh dimainkan, termasuk projek minimum yang berfungsi sepenuhnya, malah ada yang dibangunkan untuk klien luar.
Proses ini memberi pendedahan kepada realiti industri termasuk kerja berpasukan, pengurusan pipeline pembangunan, kawalan versi dan pembangunan iteratif yang digunakan dalam studio permainan sebenar.
Tenaga pengajar di APU terdiri daripada gabungan ahli akademik dan pengamal industri yang berpengalaman luas.
Sebahagian daripada mereka pernah terlibat dalam pembangunan permainan bertaraf antarabangsa serta projek permainan indie.
Pengalaman sebenar ini diterjemahkan dalam bilik kuliah, termasuk perkongsian tentang tekanan produksi, pengurusan klien serta proses selepas pelancaran sesuatu permainan.
Hasilnya, pelajar bukan sekadar belajar teori, tetapi memahami realiti sebenar industri kreatif digital.
Malaysia kini semakin diiktiraf sebagai antara hab pembangunan permainan video di rantau Asia Tenggara, dengan lebih 80 studio tempatan serta kehadiran syarikat global seperti Electronic Arts, Bandai Namco dan Sony PlayStation Studios.
Kejayaan pelajar APU turut mengukuhkan kedudukan ini apabila mereka muncul juara Indie Jam 2026 anjuran The Magic Rain.
Pasukan Dinnerbone yang dianggotai Azar Ali Shaikh, Azwa Al Islam, Kaysan Mohamed Rifath dan Dominic Chong Fu Nien berjaya meraih hadiah utama dalam Games for Change Student Game Jam Kuala Lumpur, sekali gus membawa pulang biasiswa RM30,000 serta peluang mempersembahkan projek di peringkat antarabangsa.
Mereka turut mencipta sejarah apabila memenangi kategori Permainan Pelajar Terbaik di Southeast Asian Game Awards 2025.
Bagi menyokong pembangunan bakat, APU melancarkan Makmal dan Studio Pembangunan Permainan Video yang dilengkapi teknologi terkini termasuk GPU RTX 5070 dan sistem Intel Core Ultra berprestasi tinggi.
Kemudahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja menggunakan peralatan standard industri, sekali gus membiasakan mereka dengan persekitaran kerja sebenar sebelum melangkah ke dunia profesional.
Turut diperkenalkan Muzium Mini Permainan Video yang mempamerkan evolusi konsol permainan dari era Magnavox Odyssey sehingga ke generasi moden.
Ia menjadi ruang inspirasi yang menghubungkan sejarah, perkembangan teknologi dan masa depan industri permainan.
Masa depan bermula di sini
Industri pembangunan permainan video terus berkembang pesat dan kini memerlukan lebih ramai bakat baharu, khususnya di rantau Asia Tenggara yang berdepan kekurangan tenaga mahir.

Bagi mereka yang meminati permainan video dan bercita-cita mencipta dunia sendiri, inilah masa terbaik untuk bermula.
APU menyediakan platform lengkap untuk membina kemahiran, pengalaman dan jaringan industri yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
Di sinilah minat berubah menjadi kerjaya, di sinilah idea menjadi dunia dan di sinilah masa depan permainan video benar-benar bermula, bukan sekadar dibayangkan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi APU.
© New Straits Times Press (M) Bhd





