Buenos Aires: Penyerang Argentina, Alejandro Garnacho akan terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela dan Bolivia akibat kecederaan di lutut kirinya.
Pemain sayap Manchester United berusia 20 tahun itu beraksi ketika seri 0-0 dengan Aston Villa dalam Liga Perdana tetapi tidak akan menyertai skuad Argentina.
Argentina, yang mendahului carta dengan 18 mata daripada lapan perlawanan, akan berkunjung ke Venezuela yang berada di tempat keenam, Jumaat ini dan akan menjadi tuan rumah kepada Bolivia, yang berada di tempat kelapan.
Garnacho pada awalnya dipanggil untuk dua perlawanan itu, tetapi jurulatih, Lionel Scaloni kini telah menggantikannya dengan Facundo Buonanotte dari Leicester City.
Garnacho mencatat tujuh penampilan dan bermain dalam Copa America di AS di mana Argentina muncul juara.
© New Straits Times Press (M) Bhd