Arsenal kini mendahului carta EPL selepas kemenangan terbaharu ke atas Crystal Palace di Emirates. Foto Agensi
ARSENAL kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26 selepas kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace pada Ahad malam.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Eberechi Eze, pemain yang baru berpindah dari Palace pada musim panas lalu.
Dengan rekod tujuh kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, Arsenal mengumpul 22 mata, empat mata di hadapan Bournemouth di tempat kedua dan enam mata di hadapan Manchester City yang berada di tempat kelima.
Kekuatan utama Arsenal terletak pada pertahanan yang kukuh dengan penjaga gol David Raya mencatatkan sembilan ‘clean sheet’ dalam 12 perlawanan musim ini.
The Gunners juga mendahului EPL dengan 11 gol dari situasi bola mati.
Namun, terdapat kebimbangan mengenai kecederaan pemain utama seperti William Saliba, Declan Rice dan Gabriel Martinelli. Kecederaan ini boleh memberi kesan kepada kestabilan pasukan dalam menghadapi jadual perlawanan yang padat.
Walaupun begitu, Arsenal berada dalam kedudukan yang baik untuk menamatkan kemarau kejuaraan EPL yang telah berlangsung selama 20 tahun.
Dengan prestasi semasa dan kekuatan pasukan, musim ini mungkin menjadi peluang terbaik mereka untuk meraih gelaran tersebut.
Namun, persaingan sengit dari pasukan seperti City dan Liverpool serta cabaran kecederaan pemain boleh mempengaruhi perjalanan Arsenal menuju kejuaraan.
Apa pun, Arsenal sudah mula disebut-sebut calon juara EPL musim 2025/26.
Seperti kata Arteta, percaya pada proses. Tapi, bagi peminat masih ada sikap skeptikal untuk The Gunners raih kejuaraan.
Sama ada ini kali atau lain kali lah, potensi Arsenal menjulang kejuaraan EPL akan ditentukan oleh konsistensi dan daya saing pasukan dalam baki perlawanan musim ini.
Ringkasan AI
- ARSENAL kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris musim 2025/26 selepas kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace
- Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Eberechi Eze, pemain yang baru berpindah dari Palace
- Arsenal mengumpul 22 mata, empat mata di hadapan Bournemouth di tempat kedua
- Kekuatan Arsenal terletak pada pertahanan yang kukuh dengan penjaga gol David Raya mencatatkan sembilan ‘clean sheet’
- Terdapat kebimbangan mengenai kecederaan pemain utama seperti William Saliba, Declan Rice dan Gabriel Martinelli






