“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 


Penyanyi versatile, Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Menurut pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, sebagai seorang yang beragama Islam, menunaikan solat adalah kewajipan dan menjadi keutamaan.

“Mashaa-Allah sebagai umat Islam pastinya ianya salah satu kewajipan. What I usually do is ambil wudhu sebelum makeup atau kami solat terlebih dahulu baru buat benda lain,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Tak Adil  ini menegaskan, sebagai anak seni solekan sama sekali tidak menjadi alasan untuk meninggalkan dan mengabaikan tanggungjawab.

“Artis juga  manusia biasa, kewajipan haruslah dilaksanakan. May this can answer your curiousity. Solat itu dimana-mana sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi Sissy Imann dan pengacara dan penyampai radio popular, Datuk Aznil Hj Nawawi tampil memberikan respons berkenaan isu sama.

Artikel Berkaitan:“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

Artikel Berkaitan:Isu Artis Tunai Solat Dipersoal, Aznil Nawawi Tampil Perjelas Elak Fitnah



Source link

OR

Scroll to Top