Canberra: Australia bakal meluluskan undang-undang baharu iaitu larangan penggunaan media sosial buat individu bawah 16 tahun, kata Perdana Menteri Anthony Albanese pada Khamis.
Menurut Albanese, platform seperti Facebook (FB), TikTok dan Instagram (IG) akan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan larangan umur serta berdepan kemungkinan denda tinggi, jika gagal berbuat demikian.
Kerajaan Australia mula mencadangkan had umur untuk media sosial pada awal tahun ini dan idea itu mendapat sokongan dua parti yang luas dalam kalangan penggubal undang-undang.
“Ini untuk ibu dan ayah. Media sosial memudaratkan kanak-kanak dan saya meluangkan masa untuknya,” kata Albanese.
Undang-undang baharu itu akan dibentangkan kepada pemimpin negeri dan wilayah minggu ini, sebelum dibangkitkan dalam parlimen pada akhir November.
Platform teknologi kemudiannya akan diberi tempoh penangguhan selama setahun untuk mengetahui cara pelaksanaan larangan berkenaan.
Albanese berkata, algoritma media sosial tidak diperiksa dan menyediakan kandungan kepada kanak-kanak dan remaja, yang juga golongan yang sangat mudah dipengaruhi.
“Saya mendapat perkara muncul pada sistem saya yang saya tidak mahu lihat. Apatah lagi kanak-kanak berusia 14 tahun yang terdedah.
“Wanita muda melihat imej bentuk badan tertentu yang mempunyai kesan sebenar,” katanya.
Albanese berkata, 16 tahun adalah usia untuk yang sesuai untuk penggunaan media sosial hasil siri ujian pengesahan umur dijalankan oleh kerajaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd