‘Awak boleh tengok sendiri perlawanan tadi’ – Fandi

‘Awak boleh tengok sendiri perlawanan tadi’ – Fandi


PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tidak mahu mengulas lanjut mengenai prestasi pengadil ketika skuad kendalianya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

“Saya tak pasti..awak boleh tengok sendiri perlawanan tadi,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut beberapa keputusan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali dilihat boleh dipertikaikan selain turut mengundang kemarahan penonton.

Dalam pada itu, Fandi turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan para pemainnya walaupun ketinggalan di penghujung perlawanan.

“Saya minta mereka fokus walaupun Kita bermain 10 pemain selepas Sergio Aguero dibuang padang.

“Mereka bersemangat beri 200 peratus walaupun kami ketinggalan tetapi pemain tetap berusaha untuk cari gol,” katanya.

Persembahan Sri Pahang dalam perlawanan akhir tersebut wajar dipuji selepas tampil dengan semangat luar biasa untuk menyaingi JDT.

Mereka terlebih dahulu mengejutkan Harimau Selatan menerusi jaringan T Saravanan pada minit ke-14 sebelum JDT bangkit menerusi gol penalti Bergson da Silva dan jaringan kemenangan Arif Aiman Hanapi.



Source link

OR

Scroll to Top