PAS jemput pimpinan tertinggi UMNO hadiri Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kelantan


nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: PAS mengesahkan akan menjemput kepimpinan tertinggi UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS Ke-72 yang akan berlangsung di Kelantan, bulan depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata surat jemputan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Menerusi mesyuarat yang diadakan, kita bersetuju untuk menjemput pimpinan UMNO sebagai rakan kerjasama politik.

“Kita akan menghantar surat jemputan kepada Setiausaha Agung UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menghantar siapa.

“Di bahagian dewan termasuk Pemuda juga akan turut menjemput pimpinan sayap UMNO,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan PAS Kali ke-72, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada bulan depan itu turut menyambut ulang tahun PAS ke 75 tahun.

“Sehingga kini kita masih menerima usul daripada PAS kawasan kerana ada kawasan baru bermesyuarat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top