May 18, 2024

Baki dua mangsa tragedi helikopter kebumi hari ini


Kuala Lumpur: Lapan daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Lumut, Perak, pada Selasa selamat dikebumikan malam tadi.

Mereka adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli; Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; . Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dan Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

Turut disemadikan, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saed; Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Dua lagi mangsa tragedi iaitu mendiang Leftenan T Sivasutan dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna akan disemadikan mengikut upacara keagamaan masing-masing pada hari ini.

Jasad mendiang Sivasutan yang dibawa ke rumah keluarganya di Taman Serdang Jaya, Sitiawan, Perak semalam, dijangka menjalani upacara kematian di Sungai Wangi bermula pagi ini.

Sementara jasad mendiang Joanna Felicia yang tiba di Kuching, Sarawak pada 11.54 malam tadi dengan pesawat Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalani upacara persemadian pada 9 pagi.

Upacara mengikut istiadat TLDM dijangka dilaksana di tanah perkuburan Kristian berdekatan Kampung Engkaroh Tebakang, Serian.

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap 10 mangsa berkenaan yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang semalam dengan jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah.

Berita Berkaitan

Pengebumian jenazah Komander Muhamad Amir selesaiPengebumian jenazah Komander Muhamad Amir selesai

Jenazah Noorfarahimi selamat dikebumikan

Suasana pilu iringi perjalanan akhir Mohd Shahrizan

Noor Rahiza disemadi berhampiran pusara ibu

Jenazah Wan Rezaudeen selamat dikebumikan

Alhamdulillah, urusan pengebumian Muhammad Faisol dipermudah

Kira-kira 500 beri penghormatan terakhir kepada Mohammad Amirulfaris

Lebih 1,000 iringi pengebumian Komander Muhammad Firdaus

Pemergian Sivasutan ‘ragut’ kebahagiaan keluarga kami – Bapa

Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM

Penduduk kampung tunggu ‘kepulangan’ Joanna Felicia

Wan Rezaudeen Kamal beritahu mahu pencen awal

‘Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami’ – ibu Mohd Shahrizan

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

Lembaga Siasatan TLDM siasat insiden helikopter – PAT

DUN Sabah bertafakur untuk mangsa nahas helikopter

Peniaga dengar bunyi helikopter terbang rendah

Perjalanan terakhir 10 perwira

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

‘Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter’

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

‘Jenazah ibu sempurna’ – Anak Noor Rahiza

‘Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia’

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

‘Yang baik selalunya ‘pergi’ dulu’

‘Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih’ – Adik Komander Muhamad Amir

‘Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan’

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

‘Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu’ – Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak ‘tulang belakang’ keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat – Fadillah

‘Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api’

‘Adik kemas rumah, memasak di pagi raya’ – kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

‘Kawan ma cakap ma sudah tak ada’

‘Saya buat pengecaman dua kali… Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur’

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

‘Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku’

‘Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu’ – Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top