Banyak kali bagi muka! Fattah Amin bakal fail semula permohonan, dakwa Fazura langgar perintah mahkamah 6 kali

Banyak kali bagi muka! Fattah Amin bakal fail semula permohonan, dakwa Fazura langgar perintah mahkamah 6 kali


Pelakon Fattah Amin bakal memfailkan semula permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya, Nur Fazura, selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor menolak permohonannya pada 31 Mac lalu berhubung isu hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkara itu disahkan peguam mewakili Fattah Amin, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang memaklumkan kegagalan permohonan tersebut adalah kerana Hakim Syarie, Tuan Salehan Yatim, meminta pihak Fattah memperincikan beberapa perkara sebelum memfailkan semula permohonan kebenaran secara ex parte terhadap Fazura.

“Saya dimaklumkan Fazura telah melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali, antaranya tidak menunaikan janji untuk memberikan hak lawatan Nur Fatima kepada bapanya dengan alasan berada di London,” kata Akberdin.

Jelas beliau, sejak perceraian, Fattah menghadapi kesulitan untuk bertemu puteri tunggalnya, namun tetap bersabar meskipun bekas isterinya kerap memberi alasan.

“Selepas banyak kali memberi muka, Fattah terpaksa melantik saya untuk memfailkan permohonan ini supaya perjanjian yang telah dipersetujui di mahkamah sebelum ini dipatuhi dan dihormati,” tambah beliau.

Akberdin turut menegaskan bahawa walaupun Fazura mempunyai hak penjagaan penuh, Fattah masih diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu.

Bagaimanapun, hak tersebut sering dihalang dengan pelbagai alasan, menyebabkan aktor itu terpaksa menggunakan jalan undang-undang.

“Pihak kami akan fail semula dalam masa terdekat kerana Fattah sudah cukup bertolak ansur selama ini. Kali ini, dia mahu mahkamah menentukan apa yang terbaik untuk menuntut haknya sebagai bapa kepada Nur Fatima.
“Hak lawatan yang sepatutnya diberikan kepada Fattah perlu dipatuhi oleh bekas isterinya. Jika tidak, pihak kami boleh memfailkannya di mahkamah,” ujar Akberdin.

Sebelum ini, Fattah gagal memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mac lalu, dan perkara itu turut disahkan peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Artikel lain: Netizen akui besar jasa Fattah Amin! Jadikan sebagai suami contoh – “Pandai jaga aib, tak kedekut”

Sekiranya prosiding komital diteruskan dan didapati melanggar perintah mahkamah, Fazura berpotensi dikenakan tindakan penjara.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang anak perempuan, dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober 2024.

Sumber: mStar Online 





Source link

OR

Scroll to Top