San Sebastian: Pengurus Barcelona, Hansi Flick tidak memberikan alasan di atas prestasi buruk pasukannya ketika mereka tewas mengejut 0-1 di Real Sociedad yang menamatkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan awal pagi tadi.
Flick memuji prestasi pasukan lawan dan berkata, Barca perlu terus maju ke hadapan. Pasukannya masih kekal di puncak La Liga dengan 33 mata, enam mata di hadapan Real Madrid di tempat kedua yang kurang satu perlawanan.
“Hari ini bukan hari kami.
“Saya rasa kami perlu menerima keputusan ini kerana mereka bermain dengan baik. Jelas, tiada alasan. Kami tidak mencipta cukup peluang.
“Kami bermula dengan baik, saya gembira, tetapi kemudian kami mula leka dan gol mereka datang. Kami juga membuat beberapa keputusan tidak sepatutnya dan itu adalah sesuatu yang perlu kami hadapi,” kata Flick dalam sidang media
Barca menjaringkan gol dalam setiap perlawanan mereka sehingga perlawanan pagi tadi dan mengakhiri perlawanan di San Sebastian tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gol.
Real Sociedad mencipta beberapa peluang dan sepatutnya boleh menang dengan margin yang lebih besar selepas beberapa kesilapan tidak sepatutnya dilakukan oleh pertahanan Barca yang tidak konsisten, sesuatu yang Flick rasa perlu dikaji dengan teliti.
“Kami perlu bertanggungjawab kekalahan ini. Kami boleh dan sepatutnya bermain dengan lebih baik.
“Kami tidak mengekalkan penguasaan bola seperti yang kami inginkan dan ia memakan diri.
“Tetapi perlawanan yang kami mainkan sebelum ini sangat hebat dan saya menghargai apa yang pasukan sudah lakukan setakat ini musim ini.
“Kami mencuba hingga detik terakhir, bersatu, dan saya memberitahu pasukan itu. Tetapi hari ini, kami tidak cukup kuat untuk layak mendapat keputusan yang lebih baik,” kata Flick.
“The responsibility for the defeat is ours. We could and should have played much better,” Flick said.
“We haven’t held possession of the ball the way we wanted and suffered. But the games we have played before have been fantastic and I appreciate what the team has done so far this season.
“We tried until the last second, united, and I told the team that. But today we weren’t strong enough to deserve a better result.”
© New Straits Times Press (M) Bhd