Beli kerusi stadium harga berjuta tetapi penyelenggaraan padang RM200,000 tak mahu buat – TMJ

Beli kerusi stadium harga berjuta tetapi penyelenggaraan padang RM200,000 tak mahu buat – TMJ


KUALA LUMPUR- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) menggesa pemikiran dan keutamaan berhubung infrastruktur bola sepak diubah.

Katanya, infrastruktur yang bagus mampu meningkatkan mutu bola sepak di negara ini dan sekali gus bersaing dengan negara-negara jiran.

“Negara jiran dah upgrade padang. Kita hanya bercakap nak berubah tapi no action.

“Peruntukan dah ditawarkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) tetapi semua kelab tak terima. Dapat padang free pun tak mahu terima. Pasal sanggup maintain RM200,000 setahun. Kerusi berjuta boleh bayar. Padang RM200,000 setahun dan gaji players tak boleh bayar.

“Amat memalukan. Musim tengkujuh dah nak mula, berapa game lagi nak ditunda?” katanya menerusi hantaran di platform media sosial rasmi beliau.

Hantaran itu dipercayai susulan pembatalan perlawanan Liga Super di antara JDT dan Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi akibat hujan lebat dan keadaan padang yang teruk.

TMJ juga turut memuat naik beberapa keping gambar air bertakung di atas padang.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada gambar berkenaan diambil di Stadium Perak atau lokasi lain.

Malam tadi, perlawanan yang dijadualkan bermula 8.15 malam ditunda selama 30 minit.

Sebelum ditunda sekali lagi ke jam 9.15 malam.

Bagaimanapun, Liga Bola Sepak Malaysia kemudiannya membatalkan terus perlawanan tersebut dan bakal mengumumkan tarikh baharu tidak lama lagi.

Perlawanan di antara kedua pasukan itu telah ditunda sejak 17 Ogos lalu disebabkan situasi yang sama. -MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top