Pelakon Bella Astillah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan kecaman melampau terhadap dirinya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Bella menghargai sokongan peminat yang mencadangkan agar dia mengambil tindakan terhadap yang memfitnahnya.
BACA: Bella Astillah Menangis Sebak Miliki Mikrofon Sendiri

“Kali ini Bella kena lantik peguam untuk kes fitnah. Kutip semua ID dan saman mereka,” tulis seorang netizen Insya-Allah akan buat (fail saman fitnah). Terima kasih, saya hargai,” tulis Bella.
Komen Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang menyokong dengan keputusan Bella serta menyifatkan komen tersebut melampau.
Difahamkan, tindakan itu dipertimbangkan selepas apabila ada segelintir pihak bertindak keterlaluan sehingga melibatkan anak-anaknya Ayden dan Ara.






