Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengajak orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat hajat mendoakan urusan rayuan akhir kes mahkamah membabitkan tunangnya, Syed Saddiq pada 30 Jun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella memaklumkan majlis solat hajat dan doa selamat itu akan diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya esok.
BACA: Bella Astillah Belum Buat Persiapan Kahwin, Fokus Kes Mahkamah Syed Saddiq Dulu
“Sebenarnya saya nak minta jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan kes Syed Saddiq yang akan berlangsung pada 30 Jun ini, tak lama je lagi.
“Tapi sebelum itu, saya ingin berbesar hati menjemput ramai orang, yang mengenali untuk sama-sama menjayakan majlis solat hajat dan juga doa selamat untuk Syed Saddiq di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di Kelana Jaya.
“Kepada yang bukan Muslim pun boleh datang juga selepas pukul 8.30 malam. Kepada semua yang akan hadir, datang pada pukul 7 malam, boleh solat maghrib bersama-sama, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Bella turut mendoakan agar tunangnya diberikan kekuatan untuk menghadapi kes berkenaan dan keadilan berpihak kepadanya.
“Semoga Allah mengurniakan ketenangan, kekuatan, dan keadilan buat beliau. Doa, kehadiran anda semua adalah tanda kasih dan sokongan,” katanya.






