Bella Astillah Lari 17 Kilometer Demi Syed Saddiq, Pecah Rekod Peribadi

Bella Astillah Lari 17 Kilometer Demi Syed Saddiq, Pecah Rekod Peribadi


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah turut memberikan sokongan terhadap tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam misi Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata larian tersebut sebagai tanda solidariti terhadap Syed Saddiq serta merupakan larian paling jauh dilakukannya.

BACA: “Boleh Solat On Time..” – Bella Astillah Kongsi Karavan Syed Saddiq, Lengkap Tempat Solat & Tandas

“Hari ini adalah pencapaian peribadi saya. Ini larian pertama sejauh 17 kilometer, sebelum ini paling jauh saya pernah lakukan hanya lapan kilometer.

“Saya sertai larian ni sebagai tanda sokongan dan solidariti untuk Larian Kesyukuran YB Syed Saddiq. Walaupun saya agak lambat sikit, saya tetap gembira dapat sama-sama ambil bahagian,” katanya.

Sementara itu, Bella turtu mengucapkan tahniah kepada tunangnya berjaya mengumpul dana lebih dari yang disasarkan dan berharap dapat memberi manfaat kepada warga Muar.

“Tahniah kepada YB Syed Saddiq kerana berjaya mengumpulkan lebih dari sasaran hasil sumbangan orang ramai melalui larian ini.  Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan membawa manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan. InshaAllah,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top