Berita pertunangan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ternyata membuatkan ramai gembira.
Belum cukup sebulan mengikat tali pertunangan, ramai tidak sabar menantikan bilakah pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pula.
BACA: “InsyaAllah Kami Akan Langsungkan Perkahwinan Tahun Ini”
Terbaru, timbul desas-desus di kalangan peminat bahawa pasangan itu bakal bernikah pada Jun ini.
Malah, ada komen di media sosial dimana peminat meneka tarikh 26.06.2026 menjadi pilihan.
Bagaimanapun itu hanya tekaan peminat sahaja kerana sehingga kini tiada tarikh rasmi dikongsikan oleh Bella dan tunangnya mengenai hari pernikahan mereka.
Sumber: Utusan Online






