Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila timbul spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Apa yang menjadi perhatian komen yang ditinggalkan rakan artis, Ben Ali menjadi bualan berbunyi, “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya”.
BACA: “Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada” – Syed Saddiq Akui Bella Bukan Materialistik

Komen Ben itu sekaligus menguatkan spekulasi mendakwa hari bahagia pasangan itu mungkin sudah semakin hampir.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan kepada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima. Bella hanya membalas ringkas, “Insya-Allah”.






