Bella teruja jumpa Lee Min Ho

Bella teruja jumpa Lee Min Ho


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon kelahiran Sabah, Bella Astillah, 31, sanggup berbelanja sehingga RM500 semata-mata untuk menyertai peraduan ‘Meet & Greet’ pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata, peraduan itu dianjurkan sempena kempen jenama produk yang diwakili bintang drama Boys Over Flowers itu.

“Saya memang minat dia dari dulu… Bila dapat tahu ada peluang jumpa dia, saya terus beli produk sampai RM500,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan Bella yang juga pelantun lagu Diari Ramadhan, menarik perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyifatkan perbelanjaan itu sebagai membazir, terutama ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup.

“RM500 itu untuk dapat peluang, bukan tiket pasti jumpa Lee Min Ho, kan? Peluangnya pun sangat tipis.

“Tapi ramai sanggup belanja demi tatapan lima saat,” katanya.

Menurut Bella, dia turut menangis kegembiraan selepas terpilih memenangi tiket eksklusif untuk bertemu aktor kelahiran Korea Selatan itu.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka menjadi duta jenama pakaian terkenal sempena musim perayaan.

Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, namun mereka sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top