Berpunca daripada berat badannya yang pernah mencecah 60 kilogram mendorong aktres jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella untuk mengamalkan diet dengan mengurangkan kadar kalori dan jenis makanan yang diambil.
Selepas berunding dengan pakar pemakanan, aktres yang terkenal dengan panggilan Bella ini mengikuti program diet sejak Disember 2021. Berkat konsisten melakukan diet, berat badan Laudya Cynthia Bella kini sentiasa maintain.


Anak kelahiran Bandung ini mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga lebih 60kg sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berdiet.
Berkat amalan pemakanan yang konsisten, berat Bella kini mula stabil mengikut berat idealnya.


Bella yang dilahirkan pada 24 Februari 1988, memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurangan kalori termasuk memilih jenis makanan yang sesuai untuk tubuhnya.
BACA JUGA: Dilihat Kerap Memakai Abaya, 8 Outfit LAUDYA CYNTHIA BELLA Ini Sejuk Mata Memandang!
Disebabkan Bella menghadkan pengambilan karbohidrat termasuk nasi putih, dia beralih pula kepada shirataki, nasi konjac, quinoa, dan lain-lain.


Kerap Memasak
Bella juga selektif tentang lauk pauk yang diambilnya. Dia cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang lengkap supaya berat badannya tidak mudah naik dan kekal cergas setiap hari.
Bagi mengekalkan kualiti pemakanannya, Bella lebih kerap memasak lauk pauk yang dimakannya sendiri.
9 Menu Sihat Pilihan Bella
DAGING
Bella kerap juga makan daging terutama daging lembu. Biasanya dibuat stik atau tumis. Jumlah daging lembu yang biasa dimakan semasa diet ialah sekitar 85g.
IKAN
Bella biasanya mengambil 100g ikan dan dimakan ketika makan tengahari dan makan malam. Jenis ikan pula tidak kisah asalkan tidak digoreng. Ikan mengandungi asid lemak omega-3 dan vitamin D. Disyorkan oleh pakar, ikan adalah baik untuk dimakan dua kali seminggu untuk menyokong diet sihat.
AYAM
Jika tidak ambil ikan, Bella akan gantikannya dengan ayam. Melaporkan daripada indiatoday.in, ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak. Jadi lauk ini boleh berfungsi untuk menguatkan otot, menurunkan berat badan, menyihatkan tulang, dan sebagainya.
Bella juga sering mencampurkan daging dengan sayur-sayuran. Salah satunya ayam dengan kubis cina. Mengimbangi pengambilan daging dan sayur-sayuran sangat berkesan dalam menyokong penurunan berat badan
PUTIH TELUR
Bella memilih bahagian putih sahaja kerana mengandungi protein yang tinggi untuk membina otot dan membakar lemak.
Selain itu, putih telur sesuai untuk diet kerana ia rendah kalori, lemak dan kolesterol. Putih telur juga mempunyai rasa yang enak dan boleh diolah menjadi pelbagai menu harian.
CENDAWAN
Cendawan ialah sumber protein. Melaporkan dari webmd.com, cendawan berguna untuk diet kerana ia rendah kalori, tinggi serat, dan boleh menjadi sumber protein serta antioksidan bagi meningkatkan metabolisme badan.
TAUHU
Bella juga kerap makan tauhu yang digoreng tanpa minyak. Bella menggorengnya dalam air fryer. Tauhu kaya dengan protein dan asid amino untuk menyokong penurunan berat badan.
TEMPE
Tempe juga sering menjadi pilihan Bella dalam dietnya. Bukan sahaja bagus untuk penurunan berat badan, tempe juga boleh meningkatkan kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mencegah keradangan, dan pelbagai khasiat lain.
SOTONG
Sesekali, Bella turut mengambil makanan laut seperti sotong yang tinggi protein, asid lemak omega-3, vitamin C, zat besi dan kalsium yang membantu menurunkan berat badan. Namun, jangan terlalu kerap makan sotong kerana ia boleh memberi kesan tidak baik di kemudian hari terutama bagi mereka yang alah dengan makanan laut.
UDANG
Bella juga gemar makan udang goreng tanpa minyak. Udang mengandungi protein yang tinggi, rendah kalori dan lemak, serta kaya dengan antioksidan untuk meningkatkan metabolisme badan ketika berdiet.
Download seeNI sekarang!


Pilihlah pakaian yang sesuai dan sopan pada bulan Ramadan ini. 4 tip fesyen ini boleh membantu anda tampil selesa dan trendy walaupun sedang berpuasa. Sederhana tapi tetap berseri.


Pilih Rona Lembut
Pilih pakaian yang terdiri daripada rona-rona lembut dan pastel agar anda kelihatan lebih bersahaja. Selain itu rona lembut juga mengurangkan penyerapan haba berbanding dengan rona gelap.


Rona-rona yang boleh anda pilih seperti rona merah jambu lembut, biru lembut, krim, hijau lembut dan lain-lain lagi. Rona pastel juga membuatkan penampilan anda lebih segar dan harmoni.
Pakaian Longgar
Cuaca yang panas mungkin mengakibatkan anda berasa kurang selesa. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai pakaian yang lebih longgar.


Ini dapat membantu pengudaraan semasa anda berpakaian dan membolehkan anda bergerak dengan lebih mudah. Untuk mengelakkan anda cepat berpeluh, elakkan memakai pakaian yang berlapis dan terlalu tebal.
Fabrik Selesa
Salah satu faktor yang membantu anda kekal nyaman dan selesa adalah pemilihan fabrik. Fabrik yang digunakan buat pakaian anda memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda kelihatan selesa dan berkeyakinan.


Sebaiknya, di bulan Ramadhan, pilihlah fabrik yang ringan dan lembut seperti cotton,satin dan sifon. Fabrik ini mampu memberi keselesaan yang optimum buat anda sepanjang hari.
Aksesori
Bagi mereka yang gemar mengenakan aksesori saat keluar rumah, perkara ini tidak menjadi satu kesalahan.


Namun, sekiranya penggunaan aksesori lebih minimum, gaya anda pasti lebih santai dan tidak terlalu sarat.


Pemakaian aksesori seperti barang kemas dan perhiasan mewah sebaiknya dikurangkan ketika bulan Ramadan agar anda tampil ringkas dan tidak menjadi perhatian umum.
BACA JUGA: SimplySiti Lancar Produk Baharu & Kempen Ramadan Sejuta Kasih
Download seeNI sekarang!




Sesetengah individu lebih gemar memilih air sebagai tempat percutian untuk melupakan seketika kesibukan kerja. Antara tempat yang menjadi tumpuan tentunya bercuti di tepi pantai diiringi dengan hempasan ombak serta angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ada juga individu yang gemar ke ‘water park’ seperti Sunway Lagoon kerana terdapat lebih banyak permainan yang boleh dicuba.
Tidak kiralah di mana anda mahu pergi, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum ke sana. Percutian ke pantai dan ‘water park’ tidak sama seperti percutian di tempat-tempat lain kerana anda perlu membawa barang-barang ini jika mahu percutian anda menjadi lebih seronok.
Hijabista bantu anda untuk senaraikan barang-barang yang perlu anda bawa bersama.
1. Sunblock
Tidak lengkap rasanya jika ke pantai tidak membawa sunblock. Jika anda takut kulit gelap, sapukan sunblock pada kulit sebelum anda ke pantai atau ‘water park’. Kalau dah seharian berjemur, memang kulit akan gelap. Jadi, sunblock ini memang wajib anda bawa setiap kali anda mahu lakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan matahari.
2. Topi
Aksesori seperti topi boleh membantu anda mengurangkan silau daripada sinaran matahari. Selain itu, ia juga mampu melindungi wajah anda daripada menjadi lebih gelap.
3. Kaca Mata Hitam
Satu lagi item yang wajib anda bawa jika ke pantai atau ‘water park’. Bukan mahu bergaya, tetapi kaca mata hitam sangat berguna untuk melindungi mata anda daripada terkena pancaran matahari yang terik.
4. Dry Bag
Sekiranya anda ke tempat yang basah, dry bag merupakan antara item yang wajib anda bawa. Ia berfungsi untuk meniyimpan barang-barang seperti dompet, kunci dan powerbank sewaktu anda berada di dalam air. Dengan dry bag, anda tidak perlu risau lagi jika barang hilang.
5. Samsung Galaxy A8 & A8+
Semasa berada di dalam air, anda tentu mahu mengambil gambar kenang-kenangan sewaktu anda sedang menyelam atau gambar hidupan di bawah dasar laut kan? Tak perlu risau kerana anda kini boleh memiliki gambar yang menarik ketika berada di dalam air dengan hanya menggunakan Samsung Galaxy A8 atau Samsung Galaxy A8+. Menariknya, telefon bimbit ini boleh berada pada kedalaman 1.5 meter di bawah paras air selama 30 minit. Jadi lepas ini tentu anda tidak akan terlepas lagi momen-momen indah sewaktu berada di dalam air. Gambar dapat, telefon pun tidak rosak!
Download seeNI sekarang!