am@hmetro.com.my
Makkah: Dengan berbekal kira-kira RM300, dua warga Indonesia bertekad berbasikal ke Makkah bagi menunaikan umrah kali pertama.
Andan Da, 54, dari Bandung berkata, walaupun hanya berbekal RM1 juta Rupiah atau kira-kira RM300 namun dia membulatkan tekad berbasikal bersama rakannya Dadan Asaf, 43, bagi mencapai hasrat murni itu.
Katanya, dia bersyukur setakat ini perjalanannya lancar dan ramai yang membantu termasuk mempelawa mereka makan dan minum di lokasi yang disinggahi.
Dia yang bekerja sebagai tukang jahit turut teruja dengan kemesraan penduduk di negara ini yang ramah seperti penduduk di negaranya.
“Saya menyimpan hasrat yang lama untuk ke Makkah dan akhirnya mengambil keputusan berbasikal bagi menunaikan umrah kerana kos yang jauh lebih rendah berbanding menaiki kapal terbang namun memerlukan fokus dan kesungguhan dan tekad yang tinggi.
“Saya berdoa selamat sampai dan kembali semula ke Bandung. Semoga tiada masalah sepanjang perjalanan ini, “katanya di Kampung Paya Rumput hari ini.
Sementara itu Dadan berkata, sebaik berlepas menuju Dumai dan ke Melaka, mereka berkesempatan melalui kawasan pelancongan di bandaraya berkenaan.
Katanya, dia juga berdoa semua urusannya untuk menunaikan umrah tidak menghadapi masalah terutama sepanjang perjalanan melalui Thailand, Laos, India, Pakistan, Qatar dan Arab Saudi.
© New Straits Times Press (M) Bhd