May 19, 2024

Bersatu lantik Radzi jadi Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin


KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melantik Datuk Mohammed Radzi Manan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu.

Selain itu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan percaya pengalaman, keupayaan dan komitmen mereka mampu memperkukuhkan organisasi parti melalui usaha-usaha berterusan yang proaktif bagi memperkasa disiplin serta integriti ahli-ahli parti secara keseluruhan.

Sementara itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap mengharapkan semoga pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti mereka diyakini dapat memperkasakan lagi tadbir urus parti dengan penuh integriti.

“Semalam saya dengan sukacitanya menyerahkan dua watikah pelantikan kepada Mohammed Radzi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu.

Watikah sama juga diserahkan kepada Abdul Azim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu.

Pelantikan kedua-dua mereka berkuatkuasa serta merta, katanya dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top