Ibu kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu Azizah Zaik meluahkan rasa terharu dan gembira anaknya sah bergelar isteri kepada Ezwan Zain.
Menerusi temu bual Borak Seeni, Azizah turut berharap perkahwinan Erra bersama Ezwan kekal abadi serta menjadi yang terakhir.
BACA: “Niat Kahwin Kerana Allah, Bukan Nak Orang Jaga”
“Seronok, terharu, segalanya. Saya harap biarlah ini jadi kali yang terakhir dan perkahwinan ini kekal hingga abadi. Itulah permintaan seorang ibu,” katanya.
Semalam, Erra sah bergelar isteri Ezwan dalam satu majis indah diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal.






