Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah tampil mempertahankan penyanyi, Bella Astillah apabila ada yang kurang senang dia dibandingkan dengan tokoh negara, Tun Siti Hasmah.
Menerusi perkongsian di Threads, Space Dollah berkata dia melihat bakal adik iparnya itu mempunyai persona hampir sama dengan Tun Siti Hasmah.
BACA: “Tutup Wajah Bella Strategi Pemasaran” – Space Dollah

Sementara itu, Space Dollah berkata pihak diluar sana tidak sepatutnya membuat andaian kerana tidak mengenali Bella secara peribadi.
“Ramai orang marah apabila netizen membandingkan Bella dengan Tun Siti Hasmah.
“Biar saya cakap secara terbuka di sini…
Sayalah orang itu. Apabila saya melihat Bella, saya nampak Tun Siti Hasmah.
“Awak kenal Bella? Ada nombor telefon dia? Awak tahu secara peribadi siapa dia dan betapa kuat dia bekerja?,” katanya.
Sementara itu, Space Dollah berkata kagum melihat Bella seorang yang kuar bekerja baginya penyanyi itu bukan orang luar tetapi sudah dianggap adik serta keluarganya.
“Bella bukan sekadar orang luar. Dia seorang adik, kawan dan juga keluarga bagi saya. Saya sendiri melihat betapa gigihnya dia berusaha. Sangat mudah untuk mengkritik seseorang yang kita tidak kenal, bukan?” tulisnya.






