Ketika sahabat lain sibuk menghabiskan kuliah, beliau sudah membina empayar LEEYANARAHMAN pada usia muda, malah kisah kejayaan dan kerja keras Nur Liyana cetus inspirasi!
Mesra dan mudah didekati, karakter Pengasas LEEYANARAHMAN yang mesra disapa Yana ini jelas cukup menyenangkan. Berusia 30-an, anak Terengganu bernama Nur Liyana Abdul Rahman itu sering menjadi tumpuan usahawan khususnya dalam bidang fesyen Muslimah.
Direzekikan sedang hamil anak ketiga ketika ini, isteri kepada Muhamad Hafiz Abdul Hamid dan ibu kepada si comel Tyara Luthfia, 5 tahun serta Hanna Qhalisya, 2 tahun tersebut tidak berselindung kisah mereka menjalani prosedur IVF selepas lima tahun menanti zuriat.
“Dalam pada duk kuat bergaduh tu boleh termengandung pulak tiba tiba aih. Tak tau nak sedih ke nak happy ke nak apa. Dulu sampai jalani IVF sebab 5 tahun menanti zuriat.
Sekarang ni anak tak sampai 2 tahun tup tup mengandung lagi. Apa-apa pun Allah Yang Maha Berkuasa atas setiap rezeki kita. Doakan I kuat hadap alahan untuk beberapa bulan ni,” tenang Nur Liyana berkongsi kisah IVF beliau ketika sibuk membangunkan LEEYANARAHMAN.
Selain memiliki kemewahan pada usia muda, wanita dermawan yang mesra disapa Yana itu juga kerap menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Antara yang terbaru, sejumlah dana sekitar RM128,000 melalui Yayasan Nurjiwa buat saudara seislam di bumi Aqsa.
“Sumbangan ni bukanlah dari saya semata tapi sumbangan dari semua yang menyokong produk LEEYANARAHMAN. Walaupun pahala ni benda yang kita tidak nampak, tapi itulah duit kita di akhirat. Semoga sekecil-kecil usaha kita semua ni dipandang Allah dan jadi asbab untuk kita ke syurga.”
PASANGAN
Sama cantik, sama padan. Kagum dengan karakter pasangan serasi pengasas LEEYANARAHMAN, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid mengatur strategi bisnes serta rumah tangga.
Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka berdua untuk terus menempa kejayaan. Kerana terlalu fokus mengejar impian untuk membina empayar LEEYANARAHMAN, saat itu jugalah mereka berikhtiar menjalani prosedur IVF selepas beberapa tahun menanti tangisan cahaya mata sendiri.
Inspirasi kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada si comel Tyara Luthfia, 5 tahun dan Hanna Qhalisya, 2 tahun ketika membina empayar LEEYANARAHMAN cetus inspirasi.
“Kami memulakan perniagaan ini pada tahun 2012 yang mana ketika itu kami sama-sama menuntut di UiTM dalam peringkat ijazah sarjana muda bidang kewangan. Ketika itu kami baru sahaja bercinta dan belum bergelar suami isteri.
Permulaannya apabila Liyana sendiri mereka busana hari rayanya dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial, siapa sangka ramai yang bertanya dari mana Liyana membeli baju tersebut.
Dari situlah terdetik untuk mengeluarkan modal bagi menghasilkan busana untuk dijual. Kalau nak tahu modal yang kami keluarkan hanya sebanyak RM1,500 dan berjaya menghasilkan 14 helai busana.
Alhamdulillah semuanya laris dijual dalam masa sejam sahaja, dari keuntungan ini kami menggandakan jumlah busana yang dihasilkan sedikit demi sedikit, dari 14 menjadi 28 dan kemudian 36 sehinggalah kami mampu menjual dalam skala yang besar.
Selepas itu kami menghentikan rekaan ini dan bermula lebih serius dalam menghasilkan rekaan busana yang lain.
Kalau nak tahu duit sebanyak RM1,500 yang kami gunakan sebagai modal tadi adalah duit pinjaman pelajaran PTPTN yang kami terima sebenarnya, jadi saya menyumbang sebanyak RM900 dan Liyana pula sebanyak RM600.
Alhamdulillah dari hanya wang sebanyak itu kini jenama LEEYANARAHMAN sudah memiliki bangunan sendiri. Berkat kegigihan, kami berjaya membuka butik pertama di Bangi, Selangor.”
REALISTIK
Selepas sedekad berumah tangga, pasangan ini kian matang mengatur strategi bisnes yang dibangunkan bersama.
“Dalam berniaga kita harus bersikap profesional dan realistik, paling penting kalau terlibat di dalam satu projek misalnya, pastikan semuanya perlu ada hitam dan putih agar tidak ditipu.
Bagi saya perkara ini adalah satu tindakan utama yang harus dilakukan bagi menjamin kelancaran sesebuah perniagaan, lagipun ia amat penting untuk melindungi diri kita daripada kerugian.”
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen Muslimah. Selepas kejayaan koleksi GEMERSIK RAYA, kini Nur Liyana fokus terhadap jualan tudung bawalnya.
“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.”
Hampir 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik. Moga segala perancangan Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/yaana-lee-pemilik-butik-leeyanarahman-buat-surprise-di-bulan-ramadan-buat-ibu-ayahnya-hadiahkan-kereta-baru/
Download seeNI sekarang!
Selepas Rozita Che Wan, kini pelakon jelita Izara Aishah pula mengikut jejak langkah sama, apabila memaklumkan kepada umum bahawa dirinya bakal melancarkan pengeluaran hijab di bawah jenama miliknya sendiri.
Perkhabaran gembira buat kaum hawa itu dimaklumkan sendiri oleh empunya badan, menerusi satu muatnaik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini.
Bakal Lancarkan Tudung Jenama Sendiri Pada Bulan Ramadhan
@izaraaishahofficialIzara punya brand launch in Ramadhan Inshaallah. Kalau ada soalan boleh tanya, I will try to answer as much as I can. It’s my personal custom size that I usually wear. Dia Lebar, panjang, ada attached lycra inner dan shawl material is matte satin. RM99.♬ original sound – Izara Aishah 🇲🇾🇵🇰
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi sebuah hantaran video pendek memaparkan izara yang sedang melakukan tutorial tudung jenis Shawl, sebelum memaklumkan berita gembira itu.
Ini instant hijab from my own brand, coming this Ramadhan. Nak tunjuk tutorial? Hehe.” Tulis Izara Aishah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Pengumuman berkenaan sekaligus membuatkan para peminat teruja untuk membeli tudung berkenaan sambil berharap agar aktress itu menjualnya dengan harga ‘marhaen’ dan mampu milik apabila ianya dilancarkan kelak.
@izaraaishahofficialIni Instant hijab from my own brand, coming this Ramadhan. Nak tunjuk tutorial? Hehe 😜♬ Diva – Jay Aliyev & corandcrank
Hijabista mendapati perkongsian Izara itu berjaya meraih perhatian ramai dengan ribuan tanda suka ditinggalkan pada hantaran berkenaan yang pada awalnya bertujuan memberi tutorial pemakaian tudung gaya Izara.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang sewajarnya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet sebaik menerima berita gembira itu.
Artikel berkaitan: Persis ‘Wanita Arab’, Kejelitaan Izara Dalam Busana Patuh Syariah Rizman Ruzaini Mempersonakan!
“Hopefully kalau pakai cantik macam Izara. Selalu beli tudung artis tak sama kejadiannya”
“Nak, sebab mesti bidang besar, nak ikut sebijik macam Izara pakai shawl apa besar macam mana dan tutorial…”
“Nak, sebab mesti bidang besar, nak ikut sebijik macam Izara pakai shawl apa besar macam mana dan tutorial…”
“Cantik hope harga rakyat marhaen mampu beli”
Sumber: Tik Tok Izara Aishah
Artikel berkaitan: Hampir 4 Juta Tontonan, Izara Aishah Kongsi Tutorial Hijab Labuh Lepas Peminat Request
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Tanpa sedar, perintah kawalan pergerakan (PKP) ini sebenarnya memberikan kita ruang untuk memperbetulkan diri masing-masing. Inilah juga masa untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada diri kita.
Berikut perkongsian Khairul Faizie
Wahai rakyat Malaysia yang beragama Islam, sila setkan/sediakan minda dari sekarang (sebab tabiat yang dah berpuluh tahun diamal sukar diubah) kemungkinan:
1) SOLAT TERAWIH DI RUMAH
Dah menjadi kebiasaan di rantau Malaysia – Indonesia ini untuk ke masjid berterawih, bermoreh… walhal Nabi SAW sendiri tidak berjemaah terawih secara berterusan. Janganlah jadikan polemik besar isu terawih dirumah andai ditakdirkan MCO masih berterusan bila masuknya bulan Ramadan. Bersedia ulangkaji tatacara solat terawih bagi yang tak pasti.
2) BAZAR RAMADAN TIADA
Masa MCO lah untuk betul betul ubah sikap kita selama ini yang over eating/over buying bila tiba Ramadan. Tak mati kalau berbuka puasa tiada murtabak, ayam percik ataupun air tebu.
3) BERHARI RAYA DI RUMAH SENDIRI
Ibu bapa kita / saudara mara kita pasti faham kekangan berziarah ini ialah semata mata untuk keselamatan dan kebaikan kita semua. Bersyukurlah kita sebab kita hidup di zaman adanya video call, maka masih boleh berjumpa orang kesayangan secara maya.
4) TAK PERLU BAJU BAHARU/KUIH RAYA /etc.
Yang disarankan ialah pakai pakaian yg terbaik, tak semestinya baru. Mungkin 2020 ini mengajar kita untuk betul-betul bersederhana di hari raya.
Ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum Ramadan menjelma. Hikmah pandemik Covid 19 ini sebenarnya antara lain ialah untuk kita bersihkan hati sebelum memasuki Ramadan dengan amalan istighfar, zikir, bacaan Al Quran & solat-solat sunat/ganti solat yang tertinggal.
Juga kita patut dah amalkan makan/ berbelanja secara berkadar/sikit / jimat. Amalan amalan ini sebelum ini mungkin sukar kita amalkan secara konsisten sebab sibuk kerja, tapi kini kita punya banyak masa sebab MCO.
Sumber kredit: Khairul Faizie
Download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Lisa Surihani mengakui sukar untuk dia menerima apabila orang ramai memuji penghijrahannya.
Sejak mulai mengenakan hijab, Lisa menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
Artikel Berkaitan : Pernah Tersungkur Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Artikel Berkaitan : Meski Jadi Model, Gaya Tudung Tutup Dada Lisa Surihani Raih Pujian Netizen! Elak Pandangan Tabbaruj
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!