Bitget Wallet Berganding dengan Aave Lancar ‘Stablecoin Earn Plus’, Produk Pulangan Fleksibel 10% Jangka Panjang

Bitget Wallet Berganding dengan Aave Lancar ‘Stablecoin Earn Plus’, Produk Pulangan Fleksibel 10% Jangka Panjang


SAN SALVADOR, El Salvador, Sept. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget Wallet, dompet kripto bukan jagaan terkemuka telah memilih untuk bekerjasama dengan Aave, protokol pinjaman terdesentralisasi terbesar dan paling dipercayai, bagi melancarkan Stablecoin Earn Plus, yang menawarkan pulangan tahunan asas (APY) asas jangka panjang sebanyak 10% lebih tinggi berbanding pulangan yang ditawarkan oleh dompet bukan jagaan lain dan bursa utama pada masa ini. Inisiatif ini menggabungkan pasaran pinjaman dalam rantaian (onchain) Aave dengan subsidi hasil eksklusif daripada Bitget Wallet, yang membolehkan pengguna di seluruh dunia menjana pendapatan dalam denominasi dolar dengan akses serta-merta kepada dana mereka.

Produk ini menyalurkan USDC yang dibekalkan pengguna ke dalam kolam pinjaman terlebih cagaran Aave di rangkaian Base, di mana faedah daripada peminjam ditambah dengan subsidi daripada Bitget Wallet bagi menjamin pulangan minimum sebanyak 10% APY untuk deposit sehingga US$10,000. Penyertaan bermula serendah AS$1, dengan pendapatan terkumpul secara masa nyata dan pengeluaran diproses dalam beberapa saat sahaja. Ini memastikan deposit kekal cair untuk pemindahan, dagangan, atau pembayaran — berbeza sama sekali dengan produk perbankan tradisional yang boleh mengambil masa beberapa hari untuk memindahkan dana dan menawarkan kadar di bawah 2% setahun.

Berbanding produk hasil daripada bursa dan dompet jagaan kendiri lain, Stablecoin Earn Plus oleh Bitget Wallet menawarkan pulangan hampir dua kali ganda, sedangkan kebanyakan alternatif lain hanya memberikan tidak lebih daripada 6% APY untuk perkhidmatan berasaskan USDC yang serupa. Pasaran pinjaman dalam rantaian seperti Aave sering menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding platform berpusat kerana dana dipadankan terus dengan permintaan peminjam tanpa perantara atau kos pemegangan aset. Pulangan stablecoin Aave telah terbukti sebagai pulangan pelarasan risiko paling menarik di pasaran, mengatasi bon Perbendaharaan sepanjang 18 bulan yang lalu.

Bitget Wallet berintegrasi secara langsung dengan Aave, menghantar deposit terus ke pasaran pinjaman dalam rantaian terlebih cagaran, dengan setiap transaksi boleh disahkan di atas rantaian blok. Dompet ini turut menyelenggara sebuah Dana Perlindungan Pengguna yang disokong oleh 6,500 BTC, kini bernilai lebih US$700 juta, mencerminkan komitmen menyeluruh terhadap keselamatan pengguna seiring dengan perlindungan yang ditawarkan oleh protokol terdesentralisasi.

Stani Kulechov, Pengasas Aave Labsberkata“Bitget Wallet memudahkan akses kepada pulangan Aave untuk lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Dengan menghubungkan dompet mesra pengguna kepada pasaran dalam rantaian yang dipercayai, para penyimpan harian kini boleh menikmati manfaat kewangan terbuka dan telus.”

Jamie Elkaleh, Chief Marketing Officer at Bitget Wallet,menambah, “Kerjasama dengan Aave membolehkan kami menghubungkan peluang pulangan bertaraf institusi kepada kumpulan pengguna yang lebih luas. Pembangunan Stablecoin Earn Plus yang dikuasakan oleh Aave membolehkan Bitget Wallet menawarkan APY yang lebih tinggi kepada pengguna, dengan pendapatan terkumpul secara masa nyata dan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa — semuanya dalam dompet yang sama yang sudah digunakan untuk berdagang merentas rantaian, membuat pembayaran dan menerokai peluang baharu. Ini merupakan langkah praktikal ke arah visi kami untuk menjadikan kripto cukup mudah untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, untuk semua orang.”

Dalam membawa Stablecoin Earn Plus ke pasaran, Bitget Wallet telah bekerjasama dengan Aave dan penyedia perkhidmatan TokenLogic bagi memastikan integrasi ini selaras dengan matlamat kelestarian jangka panjang protokol tersebut. Produk ini dibina di atas aToken Aave yang menjana faedah, yang secara automatik menyalurkan hasil asas kepada pengguna secara masa nyata. Dari semasa ke semasa, rangka kerja ini berpotensi berkembang ke aset dan rangkaian tambahan, meluaskan akses ke pasaran kecairan Aave melalui salah satu saluran pengedaran dompet terbesar di dunia.

Bitget Wallet merancang untuk mengembangkan Stablecoin Earn Plus kepada lebih banyak stablecoin, protokol, dan rantaian blok dalam beberapa bulan akan datang, selaras dengan visi menyeluruhnya “Kripto untuk Semua” bagi menjadikan aset digital sebagai alat yang boleh digunakan untuk simpanan, pembayaran, dan pelaburan di seluruh dunia. Sebagai promosi pelancaran, pengguna yang menyertai antara 9 hingga 15 September akan menerima APY dipertingkat kepada 18% sepanjang minggu pertama.

Untuk maklumat lanjut, lawatiblog Bitget Wallet.

Perihal Aave

Aave adalah platform kewangan terdesentralisasi (DeFi) terbesar dan paling dipercayai di dunia, dengan hampir $70 bilion dalam deposit dan lebih $28 bilion dalam pinjaman aktif. Dibina sepenuhnya di atas perisian rantaian blok dan ditadbir oleh komuniti pemegang token AAVE, Aave berfungsi sebagai rangkaian simpanan dan pinjaman global di mana pengguna boleh menjana pendapatan dengan mendeposit kripto atau stablecoin, meminjam serta-merta menggunakan kripto sebagai cagaran, menyimpan dan mengembangkan aset secara automatik, serta menukar token secara terus dalam platform. Segala urusan dijalankan melalui kontrak pintar yang telus, tanpa bank, tanpa dokumen kertas dan akses terbuka 24/7 di seluruh dunia. Lawat di Aave.com

Perihal Bitget Wallet
Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan yang direka untuk menjadikan kripto lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua. Dengan lebih daripada 80 juta pengguna, ia menghimpunkan rangkaian penuh perkhidmatan kripto, termasuk pertukaran token, cerapan pasaran, pertaruhan, ganjaran, pelayar DApp dan penyelesaian pembayaran kripto. Menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token, Bitget Wallet membolehkan perdagangan rentas rantaian yang lancar merentasi ratusan DEX dan jambatan rentas rantaian. Disokong oleh dana perlindungan pengguna bernilai lebih $300 juta, ia memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk aset pengguna. Visinya adalah “Crypto for Everyone” (Kripto untuk Semua) — menjadikan kripto lebih mudah, selamat dan sebahagian daripada kehidupan harian bagi satu bilion orang.

Untuk maklumat lanjut, lawati: X | Telegram | YouTube | LinkedIn | TikTok | Discord | Facebook
Untuk pertanyaan media, hubungi media.web3@bitget.com

Sekeping foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d200b3d5-dea6-4e28-8994-4bc16849d29a



Source link

OR

Scroll to Top