July 27, 2024

BNM arah dua bank beri penjelasan tentang gangguan perkhidmatan

BNM arah dua bank beri penjelasan tentang gangguan perkhidmatan


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan dua institusi perbankan terbesar negara ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan perkhidmatan baru-baru ini.

Dua bank tersebut juga diminta mengemukakan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.

BNM dalam kenyataannya berkata, ia memandang serius gangguan yang berlaku sehingga mengakibatkan kesulitan pada pelanggan.

“Bank-bank ini juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, semua institusi perbankan dikehendaki memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa.

Oleh itu, BNM akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaannya. – MalaysiaGazette.



Source link

OR

Scroll to Top