June 14, 2024

Meridian Bhd telah diklasifikan sebagai syarikat PN17


KUALA LUMPUR – Meridian Bhd telah diklasifikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) berikutan mencetuskan kriteria PN17 Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata, kriteria PN17 itu tercetus apabila juruaudit menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov 2023, diumumkan pada 5 April 2024

Sementara itu, juruaudit luar Meridian — Jamal, Amin & Partners dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia pada hari sama telah menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit syarikat bagi tahun kewangan berakhir 1 Julai 2022 hingga 30 Nov 2023.

“Berikutan kepentingan perkara yang diterangkan dalam asas bahagian penafian pendapat pada laporan kami, kami tidak dapat memperoleh bukti audit mencukupi yang sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit mengenai penyata kewangan ini,” kata juruaudit itu.

Berikutan kemasukan dalam kategori PN17, Meridian berkata, ia sedang mengkaji untuk menetapkan pelan regularisasi untuk menangani status itu.

Bursa Malaysia dalam kenyataan berasingan hari ini berkata ia akan terus memantau perkembangan Meridian mengenai pematuhannya dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Menurut laman web Bursa Malaysia, Meridian adalah kemasukan terbaru dalam senarai 25 syarikat PN17. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top