Boeing akan pecat 17,000 kakitangan

Boeing akan pecat 17,000 kakitangan


NEW YORK – Boeing akan memecat kira-kira 17,000 pekerjaan dan menangguhkan pengeluaran ketika syarika pembuat kapal terbang menangani isu-isu di seluruh perniagaannya.

Ketua Eksekutif Boeing, Kelly Ortberg berkata, eksekutif, pengurus dan pekerja – semuanya berisiko dipecat.

Syarikat itu turut memberi amaran tentang kerugian dalam bahagian pembuatan senjata dan peralatan ketenteraannya, dan menunda tarikh penghantaran pesawat 777X.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika Boeing bergelut dengan kakitangan

Berita itu datang ketika perniagaan bergelut dengan protes kakitangan dan peningkatan kebimbangan mengenai kualiti pesawatnya.

Ortberg menerusi e-mel berkata, pengurangan pekerjanya “dalam beberapa bulan akan datang”.

“Minggu depan, pasukan pengurusan akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai organisasi anda.

“Keadaan perniagaan kami dan pemulihan masa depan syaikat memerlukan tindakan yang sukar,” kata Ortberg dalam kenyataan kepada kakitangannya.

Selain memotong pekerjaan, syarikat itu juga menangguhkan pengeluaran 777Xnya disebabkan oleh “cabaran yang dihadapi dalam pembangunan, serta dari jeda ujian penerbangan dan pemberhentian kerja yang berterusan”, merujuk kepada kemungkinan mogok berterusan yang telah berlangsung selama beberapa minggu.

“Kami telah memberitahu pelanggan bahawa kami kini menjangkakan penghantaran pertama pada 2026,” katanya.

Mogok kesatuan pekerja selama sebulan di Boeing telah menjadi pertikaian, kerana kira-kira 33,000 pekerja mencari pakej gaji yang lebih baik. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top