Bolehkah adegan mesra suami isteri dipertontonkan?

Bolehkah adegan mesra suami isteri dipertontonkan?

Bolehkah adegan mesra suami isteri dipertontonkan?


Soalan

Bolehkah sepasang suami isteri yang sah menunjukkan video atau gambar hubungan intim bersama pasangan di media sosial seperti adegan mencium mulut?

Jawapan

Dalam Islam, hubungan suami isteri itu halal termasuk dalam perbuatan berkasih sayang seperti berpegangan tangan, berpelukan dan mencium.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu merupakan pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa suami isteri berperanan sebagai pakaian iaitu menutup aib pasangan masing-masing.

Berbalik kepada soalan, apabila perbuatan halal mesra suami isteri itu direkod dan dimuat naik di media sosial, hukumnya sudah berubah kerana ia perlu dilihat bukan sekadar pada perbuatan tersebut, tetapi cara, niat, kesan dan batas adab.

Jika gambar sekadar menunjukkan kasih sayang sederhana antara pasangan yang sah, tanpa membuka aurat, tanpa unsur ghairah dan tidak menimbulkan fitnah, sebahagian ulama melihat ia harus pada asalnya.

Namun jika mereka berdua atau salah satu pihak itu memuat naik gambar mencium mulut atau adegan intim di media sosial, ia boleh menjadi haram jika ada terdapat unsur-unsur berikut:

– Mendedahkan hal peribadi dan dalaman rumah tangga.

– Menimbulkan syahwat atau fitnah kepada orang lain.

– Riak, menunjuk-nunjuk kebahagiaan, bermegah atau mencari perhatian.

– Membuka ruang komen negatif dan dosa kepada orang lain.

– Mengundang umpatan, ejekan, cemburu atau pandangan tidak baik. 

Adalah lebih baik pasangan suami isteri hanya menunjukkan kasih sayang secara tertutup dan bermaruah, bukan menjadikan momen intim sebagai tontonan umum.

Jika mahu berkongsi gambar atau video pasangan, hendaklah ia sopan, beradab dan tidak melampaui batas.

Akhirnya, tidak semua yang halal untuk dilakukan itu sesuai untuk dipertontonkan kepada orang ramai.



Source link

OR

Scroll to Top