Tertinggal tahiyat awal atau doa qunut, sahkah solat?

Tertinggal tahiyat awal atau doa qunut, sahkah solat?

Tertinggal tahiyat awal atau doa qunut, sahkah solat?


TERTINGGAL tahiyat awal dan doa qunut tidak menyebabkan solat terbatal, namun perlu melakukan sujud sahwi sebelum salam di akhir solat. Foto Canva

Soalan

Ketika sedang solat, kadang-kadang kita terlupa untuk melakukan tahiyat awal atau doa qunut dan ia disedari selepas telah masuk ke rukun lain. Apakah sah solat sekiranya tidak sengaja meninggalkannya?

Jawapan

Tahiyat awal dan doa qunut merupakan sunat ab’ad atau sunat yang sangat dituntut dalam solat mengikut mazhab Syafie.

Dalam kes tahiyat awal, sekiranya belum lagi berdiri tegak sepenuhnya, kita masih boleh untuk kembali duduk dan melakukan tahiyat awal.

Bagaimanapun, jika sudah berdiri tegak, hanya perlu menyambung rakaat dan melakukan sujud sahwi sebelum salam di akhir solat.

Untuk doa qunut, jika belum sempat sujud, masih boleh untuk kembali berdiri tegak dan membaca doa qunut.

Namun jika sudah berada dalam keadaan sujud, tidak boleh untuk kembali berdiri kerana kita telah berpindah rukun dan wajib meneruskan solat selain melakukan sujud sahwi sebelum salam.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua perbuatan iaitu tahiyat awal dan doa qunut bukanlah rukun solat dan jika tertinggal, ia dimaafkan dan solat tetap sah. 

Artikel Disyorkan



Source link

OR

Scroll to Top