Bonnie menang emas Paralimpik, pecah rekod dunia

Bonnie menang emas Paralimpik, pecah rekod dunia


ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan kejaguhannya apabila mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris selepas mengungguli kategori 72 kilogram (kg) lelaki Sukan Paralimpik 2024 sebentar tadi.

Kejayaan tersebut hadir selepas atlet berusia 25 tahun itu berjaya mengangkat bebanan 232 kilogram (kg) dalam acara yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Malah lebih menakjubkan badang dari Sarawak itu turut membaharui rekod dunia 232kg memadam rekod lama beliau 231kg.

No Image Caption

Badang kerdil itu memulakan saingan dengan bebanan 221kg bagi angkatan pertama sebelum menambah berat kepada 226kg untuk angkatan seterusnya.

Bonnie kemudian mengesahkan emas miliknya apabila berjaya mengangkat bebanan 232kg bagi angkatan terakhir.

Beliau yang membuat penampilan pertama Sukan Paralimpik bagi edisi 2020 di Tokyo berjaya meraih emas setelah mengangkat bebanan 228kg pada angkatan ketiga bagi memadamkan rekod sebelum ini 225kg.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top