Buat wanita terpukau! Salamah Gold & Jewellery perkukuh legasi, buka cawangan ketiga

Buat wanita terpukau! Salamah Gold & Jewellery perkukuh legasi, buka cawangan ketiga


Jenama barangan kemas tempatan, Salamah Gold & Jewellery terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri emas negara apabila merasmikan pembukaan cawangan ketiganya di Galaxy Ampang Shopping Centre, baru-baru ini.

Pembukaan cawangan baharu itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat syarikat berkenaan selepas kejayaan operasi di Kajang dan Medan Gopeng, Perak, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan terhadap koleksi emas moden dan berkualiti.

Menurut pengurus cawangan Ampang, Mohd Bukri Osman, nama “Salamah” dipilih sebagai simbol penghargaan kepada ibu beliau sendiri yang menjadi sumber inspirasi serta kekuatan sepanjang perjalanan membina perniagaan tersebut.

“Bagi saya, ibu adalah simbol kekuatan dan pengorbanan. Nama Salamah dipilih bukan sahaja mudah diingati, malah membawa nilai kasih sayang keluarga, keberkatan dan legasi yang ingin kami bina dalam jenama ini,” katanya ketika sidang media sempena majlis pelancaran itu.

Majlis perasmian berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelanggan, rakan strategik perniagaan, serta tetamu jemputan yang memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menampilkan pelbagai koleksi emas moden dan eksklusif, Salamah Gold & Jewellery turut mengetengahkan konsep ruang beli-belah yang lebih santai, moden dan mesra pelanggan bagi memberikan pengalaman membeli emas yang lebih selesa kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam usaha menarik minat generasi muda, pihak pengurusan optimis bahawa emas kini bukan sekadar aksesori fesyen, malah semakin mendapat perhatian sebagai instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang.





Source link

OR

Scroll to Top