Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan dia menggunakan wang daripaa usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen.
Memetik HibGlam, Azar berkata dia dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengikat jamin suami atas perintah mahkamah.
BACA: Abang Siti Jamumall Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15,000
“Mengikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami. Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya daripada saya.
“Orang boleh tulis dan cakap apa sahaja, saya sebagai manusia biasa tidak mampu menutup kata-kata manusia.
“Mereka nak taip apa benda sekali pun, saya tak boleh nak kawal benda itu melainkan kereta mainan kawalan yang boleh dikawal,” katanya.
Sementara itu, Azar berkata sepanjang perkahwinannya dengan suami, dia tidak menyedari sebarang perlakuan mencurigakan dilakukan suaminya.
“Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak dia pergi kerja macam orang lain.
“Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia. Tiada kemewahan, menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain,” katanya.
Dalam pada itu, Azar berkata dia akan menggunakan wang pemberian tersebut untuk melunaskan hutang suami yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
“Duit RM40,000 yang dapat daripada Datuk Aliff Syukri akan saya gunakan untuk melangsai hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu,” katanya.
Sumber: HibGlam






