Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia tiada niat menjadikan kemelut rumah tangganya dengan bekas suami, Nubhan sebagai isu panas.
Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata luahannya di media sosial hanya bersifat peribadi dan selama ini dia bersabar kerana anak-anak mereka.
BACA: Nubhan Buat Laporan Polis Selepas Keluarkan Barang Dr Fie
“Saya tiada niat nak jatuhkan dia atau jadikan ini isu panas rakyat Malaysia, cuma meluahkan perasaan saya di media sosial dan bukannya nak uar-uarkan dekat media, tetapi media yang memetik luahan saya itu.
“Apa yang saya buat selama ini pun bukan untuk diri saya, tapi untuk anak-anak dan jika saya hanya fikirkan diri sendiri, dah lama saya keluar (dari rumah),” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata anak-anaknya berharap untuk terus tinggal di rumah yang didiami mereka dan serta bertanyakan mengenai barang-barang sekolah yang masih di rumah berkenaan.
“Saya sabar kerana anak-anak, saya tak pernah nak fikir diri sendiri saya. Anak-anak tanya kenapa kami tidak pulang ke rumah, Afan tanya permainan dia, Afia tanya barang sekolah dia yang masih di situ.
“Kalau saya nak keluar rumah bila-bila boleh. Tapi ada anak-anak, mereka tanya saya macam mana meja, barang sekolah dan alat permainan kerana sudah selesa di situ,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Fie turut mengingatkan Nubhan mengenai tanggungjawab menguruskan anak-anak adalah tanggungjawab bersama serta memastikan emosi anak-anak sentiasa perlu dijaga.
Sumber: Harian Metro






