Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dia pernah diminta masuk kelab malam serta memegang arak untuk meraih kontroversi murahan.
Menerusi hantaran di Threads, Uyaina berkata dia turut berdepan pengalaman sama seperti rakan pelakon Adriana Adnan.
BACA: Uyaina Arshad Mengidam Emas, Suami Beri Kad Kredit

“Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi saya rasa saya punya lagi teruk. Dia suruh saya pergi club, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar tu. Hanya untuk cipta kontroversi,” katanya.
Sementara itu, Uyaina meluahkan rasa syukur apabila dia memilih untuk tidak melakukannya serta memberi kata semangat kepada Adriana.
“Saya bersyukur saya tidak bodoh. Tak apa Adriana, semua orang ada ruang, berkembang dan mempunyai kelajuan sendiri.
“Kita hanya buat yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan. Dan awak dilaluan yang betul sekarang! Teruskan berjalan! Sentiasa menyokong awak,” katanya.
Terdahulu, Adriana mendedahkan ada seseorang dalam industri memintanya untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan.





