July 15, 2024

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari


KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengekalkan sentimen positif pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana, diterajui oleh kaunter utiliti serta produk pengguna dan perkhidmatan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1,596.24 daripada 1,592.69 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.72 mata kepada 1,593.41, seterusnya bergerak antara 1,590.00 dann 1,596.86 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 558 berbanding 485, dengan 462 kaunter tidak berubah, 932 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.21 bilion unit bernilai RM1.88 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves dalam nota penyelidikan berkata ekuiti Asia dijangka menghadapi tekanan pada Jumaat berikutan peserta bersedia untuk tamat tempoh pilihan dan niaga hadapan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Nasdaq Composite mendahului kemerosotan semalaman, dengan kuasa kecerdasan buatan (AI) Nvidia susut daripada paras tertinggi.

Pada tengah hari, saham wajaran tinggi YTL Corp menambah 6.0 sen kepada RM3.57, SD Guthrie menokok 8.0 sen kepada RM4.38, Genting meningkat 12 sen kepada RM4.81, CIMB naik 4.0 sen kepada RM6.78 dan KLK menambah 26 sen kepada RM20.52.

Daripada kaunter paling aktif, Ingenieur Gudang meningkat 1.0 sen kepada 7.5 sen, ATA IMS menambah setengah sen kepada 53.5 sen, Agricore naik 38.5 sen kepada 88.5 sen, JCY meningkat 5.0 sen kepada 82.5 sen dan Velesto merosot setengah sen kepada 25.5 sen.

 

Agricore mendahului senarai kaunter paling untung, diikuti Notion VTEC yang melonjak 28 sen kepada RM2.26, Hong Leong Industries naik 26 sen kepada RM11.36 dan AEON Credit menambah 19 sen kepada RM7.74.

Daripada kaunter paling rugi, Dutch Lady Milk Industries merosot 68 sen kepada RM36.12, KESM berkurangan 14 sen kepada RM7.17, Pentamaster, Riverview Rubber Estate dan Paragon, masing-masing berkurangan 11 sen kepada RM4.94, RM3.11 dan RM3.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.20 mata kepada 12,267.55, Indeks FBMT 100 meningkat 20.85 mata kepada 11,842.53 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 18.84 mata kepada 12,608.28.

Indeks FBM 70 naik 9.25 mata kepada 17,898.65, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 6.63 mata kepada 5,747.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.43 mata kepada 17,437.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.26 mata kepada 197.73 dan Indeks Perladangan melonjak 46.77 mata kepada 7,054.75 manakala Indeks Tenaga merosot 8.36 mata kepada 965.05. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top