Buta Mata Selepas Kemalangan, Mashy Tetap Jaga Penampilan & Styling Hijab Tanpa Cermin – Hijabista

Buta Mata Selepas Kemalangan, Mashy Tetap Jaga Penampilan & Styling Hijab Tanpa Cermin – Hijabista

Ditimpa musibah sehingga buta mata selepas kemalangan, Mashy tetap istiqamah jaga penampilan dan mahir styling hijab tanpa tengok cermin.

Orangnya cukup positif dan menyenangkan. Sejenak bagaikan terlupa bahawa wanita ini dulunya pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nikmat penglihatannya.

Pernah normal dan menjalani kehidupan seperti hijabi lain, Mashy disahkan buta kedua mata selepas peristiwa tersebut. Pun begitu, beliau tenang mendepani takdir buta malah terus giat berniaga dan memberikan motivasi kepada masyarakat.

Instagram @mashyta_oneandonly

 

Instagram @mashyta_oneandonly

Berusia 33 tahun, kehadiran Mashy atau Masitah Mohd Afandy ke mana sahaja pasti meraih tumpuan. Sentiasa jalan berpimpin tangan, usahawan yang ditemani suaminya, Nik Nazri Abidin itu kerap tampil dalam persalinan sopan dan kemas.

Apatah lagi sejak menggenggam anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor 2023 dan Wanita Ikon Muda Negeri Johor 2024. Mashy perlu sentiasa kelihatan ‘presentable’ dan menawan.

“Sebelum buta, Mashy adalah orang yang paling tak suka tengok muka sendiri. Maybe that is one of the reason, semua orang punya muka Mashy ingat kecuali muka Mashy sendiri sekarang,” Mashy.

Selepas disahkan buta tahap B1 (total darkness), kebanyakan keperluan Mashy banyak diuruskan oleh suaminya. Namun beliau selesa bersiap sendiri, pakai mekap dan buat styling tudung sendiri seperti hijabi lain.

“Cuma suami akan bantu dari segi pemilihan warna. Sebab kita tak tahu warna apa, kan? Kalau kami nak pergi event, dia akan siapkan baju atas katil and the rest Mashy akan buat sendiri,” ceritanya.

Kagum tengok kemahiran Mashy bersiap dan buat tudung style kepuk-kepuk, jom saksikan video temu bual di bawah…

 

Ketabahan Mashy yang tidak pernah mengeluh atau bermuram durja dengan ujian ini mengundang pujian masyarakat. Beliau banyak berkongsi nasihat dan cara menguruskan tekanan secara eksklusif melalui temu bual Nona Inspirasi di bawah.

 

Namun yang mengagumkan walaupun buta mata selepas kemalangan, Mashy tetap istiqamah jaga penampilan dan mahir styling hijab tanpa tengok cermin.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kenali-maya-sidek-juruteknik-ndt-hijabi-paling-berani-tukar-lampu-spotlight-klcc/

The post Buta Mata Selepas Kemalangan, Mashy Tetap Jaga Penampilan & Styling Hijab Tanpa Cermin appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top