Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Diana Danielle Gemuruh Jadi Hos Women Talk TV3

Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Diana Danielle Gemuruh Jadi Hos Women Talk TV3


Menerima tawaran untuk meneraju program Women Talk TV3 musim baharu sebagai hos, pelakon Diana Danielle mendedahkan dia berdepan dengan rasa gemuruh.

Muncul secara bergilir mengendalikan program terbitan Datin Elaine Daly itu bersama pengacara Nadia Heng, Diana melakukan inisiatif membuat rujukan sebelum penggambaran bermula.

“Program Women Talk berkait dengan topik bertemakan wanita dan isu semasa. Kadang-kadang memang rasa takut dan gemuruh, tapi saya percaya bila kita buat sesuatu yang kita takut, itu sebenarnya membantu kita melawan batas diri sendiri.

@xtra_my Cantiknya! 🥰 Penampilan manis Diana Danielle sebagai hos baharu Women Talk musim 9. Women Talk kembali untuk musim baharu dengan nafas segar, menampilkan Diana & Nadia Heng sebagai hos. Diketuai oleh Penerbit Eksekutif, Nur Irjuana Mohd Ishar bersama Datin Elaine Daly selalu penerbit, musim ini akan mula bersiaran pada 9 Mei 2026, setiap Sabtu jam 5.00 petang di TV3. 🤱🏻🧕🏻🤰🏻👩🏻 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Sejujurnya, saya memang rasa tertekan sebab tak mahu jadi punca kualiti atau rating program terjejas. Menjadi pengacara bukan bidang utama saya, jadi sudah tentu orang akan ada jangkaan tertentu dalam pemikiran mereka, lebih-lebih lagi apabila program ini sudah memasuki musim kesembilan.

“Sebab itu saya ambil serius perkara ini. Saya akan balik rumah, baca semula skrip dan buat rujukan serta persediaan sebelum masuk studio. Selebihnya saya harap pasukan produksi boleh bantu saya jadi hos yang lebih baik,” katanya kepada XTRA.

Diana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Brunch with Women Talk di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, dia melihat peluang meneraju Women Talk sebagai ruang untuk mengasah semula bakat pengacaraan yang sudah lama ditinggalkan.

“Setiap tahun saya cuba cari platform yang membolehkan saya gunakan suara dan pengaruh untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat.

“Tahun ini saya banyak berada di lokasi penggambaran filem sampai tak sempat fikir tentang aktiviti sosial. Jadi bila ditawarkan projek ini, saya rasa inilah peluang terbaik untuk bercakap tentang isu pemerkasaan wanita.

“Sebagai orang seni yang sudah lama berada dalam industri, saya rasa penting untuk terus kembangkan kemahiran komunikasi sebab kita tak tahu bagaimana ia akan digunakan pada masa depan.

“Saya pernah jadi hos, tapi sudah lama tidak muncul sebagai pengacara. Saya terima tawaran untuk perbaiki kemahiran komunikasi dan ‘public speaking’.

“Jujurnya saya rasa bakat pengacaraan itu dah agak berkarat. Jadi saya ambil peluang ini untuk asah semula apa yang saya ada,” katanya.

Women Talk musim kesembilan diterajui oleh Penerbit Eksekutif Nur Irjuana Mohd Ishar bersama penerbit Datin Elaine Daly dan bakal bersiaran setiap Sabtu jam 5 petang bermula 9 Mei ini di TV3.





Source link

OR

Scroll to Top