July 27, 2024

Cabaran Malaysia di Terbuka Singapura tersekat suku akhir

Cabaran Malaysia di Terbuka Singapura tersekat suku akhir


CABARAN pemain badminton negara termasuk dua yang mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam Kejuaraan Terbuka Singapura Super 750 berakhir di suku akhir pada Jumaat.

Di Stadium Tertutup Singapura, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengesahkan slot ke Paris 2024 melabuhkan tirai cabaran Malaysia apabila tewas straight set 10-21, 14-21 kepada wakil Denmark, Kim Astrup- Anders Skaarup Rasmussen dalam masa 29 minit.

Satu lagi wakil negara ke Paris 2024, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei tewas 14-21, 18-21 kepada pilihan keempat Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan dalam aksi 42 minit acara beregu campuran.

Sebelum itu, gandingan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani,juga tumbang aksi 63 minit kepada wakil China He Ji Ting-Ren Xiang Yu selepas bangkit tewas 16-21 untuk menang 21-19,namun dijinakkan 17-21 dalam set penentuan.

Pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao juga mengakhiri kempen dalam masa 41 minit apabila tewas 11-21, 12-21 kepada pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top