July 27, 2024

Faizal Saari sudah pulih – Sarjit

Faizal Saari sudah pulih – Sarjit


TONGGAK jentera serangan skuad hoki negara, Faizal Saari yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan sudah pulih.

Pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh ketika berkongsi perkhabaran itu turut menyenaraikan pemain tersebut untuk aksi berdepan Pakistan pada esok.

“Faizal Saari telah pulih daripada kecederaan ringan lutut dan bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Poland.

“Walaupun kami tewas 0-2 dalam perlawanan yang dikurangkan kepada tiga suku, pemain mula memasuki momentum secara perlahan,” katanya.

Sementara itu, Sarjit mempertaruhkan empat bakat baharu apabila berdepan cabaran getir menentang Pakistan pada aksi pembukaan Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland, esok.

“Kejohanan ini adalah ujian penilaian bagi kebanyakan pemain terutama pemain muda dalam pasukan. Saya harap mereka akan mengambil peluang ini dan memberikan persembahan yang baik.

“Persediaan kami untuk Sukan Asia 2026 adalah program jangka panjang dan kami mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Sarjit yang dilantik pada Mac lalu.

Namun beberapa perubahan dalam skuad dengan penyertaan empat pemain muda tersebut diharap dapat membantu menampilkan prestasi sama semasa menentang Pakistan pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, awal bulan ini.

Pada saingan Piala Sultan Azlan Shah, Malaysia tewas tipis 4-5 kepada Pakistan pada peringkat saingan liga sepusingan.

SPEEDY TIGERS PIALA NEGARA-NEGARA POLAND 2024

Penjaga Gol:

Muhamad Hafizuddin Othman;Muhammad Zaimi Mat Deris

Pertahanan:

Muhamad Marhan Jalil (Kapten);Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan; Muhamad Amirul Hamizan Azhar; Muhamad Najib Hassan; Muhamad Faris Harizan;Muhamad Kamarulzaman Kamarudin

Tengah:

Mohd Fitri Saari; Nik Muhamad Aiman Nik Rozemi; Shello Silverius; Azimuddin Syakir Kamaruddin; Syawal Abdul Razak

Penyerang:

Faizal Saari; Muhamad Azrai Aizad Abu Kamal; Mohamad Akhimullah Anuar Esook; Muhajir Rauf; Nur Rahull Hriskesa Thaitchana Muruthi

Simpanan:

Naaveennash Panicker Thevendran; Muhammad Arif Syafie Ishak

SPEEDY TIGERS PIALA NEGARA-NEGARA POLAND 2024

KUMPULAN B

Pakistan (Ranking ke-16 dunia)

Malaysia (Ranking ke-13 dunia)

Perancis (Ranking ke-9)

Kanada (Ranking ke-20)

KUMPULAN A

New Zealand (11)

Korea Selatan 912)

Afrika Selatan (14)

Austria (19)

Poland (28).



Source link

OR

Scroll to Top