September 8, 2024

Cabaran Safwan tambat hati Pan-gon

Cabaran Safwan tambat hati Pan-gon


BIARPUN belum ‘cukup masak’ dalam skuad senior, namun pemain muda negara, Safwan Mazlan tidak kekok untuk mengikut rentak pasukan bimbingan jurulatih, Kim Pan-gon itu.

Malah pemain berusia 22 tahun itu mengakui sudah boleh membaca corak permainan yang diterapkan barisan kejurulatihan selepas kali kedua dipanggil menyertai sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya.

Pemain pertahanan Terengganu FC itu juga mengakui perlu bekerja lebih gigih untuk bersaing dengan rakan sepasukan yang lebih berpengalaman dan lama dalam skuad sekali gus merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Meskipun ini penyertaan kali kedua, tetapi saya boleh buat apa yang barisan kejurulatihan mahukan. Tidak banyak beza latihan pasukan senior dan skuad muda, namun intensiti di sini lebih tinggi.

“Jadi saya perlu bekerja lebih keras bersaing dengan pemain senior dan akan buat yang terbaik untuk dapat tempat,” katanya kepada media ketika ditemui dalam sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad.

Sebagai rekod, Safwan antara pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang diberi peluang oleh jurulatih dari Korea Selatan itu untuk menggalas cabaran negara dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Skuad Harimau Malaya akan terbang ke Bishkek pada Selasa untuk berdepan Kyrgyzstan dua hari kemudian sebelum kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil melayan kunjungan Taiwan pada 11 Jun ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top