July 27, 2024

Jentera depan Malaysia perlu lebih tenang

Jentera depan Malaysia perlu lebih tenang


JENTERA penyudah pasukan negara perlu lebih tenang menterjemahkan peluang dalam bentuk jaringan baki dua aksi Kumpulan A Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024.

Itu rumusan pengendali skuad negara Ridzuan Abu Shah selepas anak buahnya tunduk 0-1 kepada Oman dalam aksi Kumpulan A di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.

“Sebenarnya skuad muda IPT kita mampu memberi saingan kepada pasukan Oman, malah kita menguasai 60 peratus penguasaan bola.

“Namun apabila berlaku sedikit kelekaan pada awal perlawanan menyaksikan kita bolos gol awal hasil sepakan percuma pasukan lawan,” katanya pada Ahad.

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Oman dalam perlawanan Kumpulan A AUFT 2024 di Stadium UKM pada Isnin. Foto Sukan IPT

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Oman dalam perlawanan Kumpulan A AUFT 2024 di Stadium UKM pada Isnin. Foto Sukan IPT

Bagaimanapun Ridzuan memuji semangat juang pemainnya yang bangkit selepas itu bagi menyamakan kedudukan setelah ketinggalan hasil jaringan Ahmad Ibrahim Ahmed Al Busaidi pada minit ke-37.

Namun jelasnya deretan peluang yang tercipta selepas itu gagal disempurnakan sebaik mungkin bagi merobek gawang anak buah Mohammed Almayyahi Khalifan Saleem.

“Pemain kita berusaha bersungguh-sungguh pada separuh masa kedua dengan melakukan high pressing terhadap kubu pasukan Oman.

“Namun kegopohan menyebabkan peluang yang pemain kita miliki gagal disempurnakan dengan sebaiknya dalam perlawanan ini,” katanya.

Skuad negara yang menggalas cabaran Kumpulan A AUFT 2024. Foto Sukan IPT

Skuad negara yang menggalas cabaran Kumpulan A AUFT 2024. Foto Sukan IPT

Mengulas perlawanan berdepan Filipina, Ridzuan berkata, pasukannya tidak mempunyai pilihan selain melakar kemenangan sebelum berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir.

“Tiga mata berdepan Filipina merupakan tumpuan utama pasukan kita esok, saya percaya pemain-pemain kita akan bangkit memberikan aksi terbaik selepas mengambil pengajaran ketika menentang Oman, Insya-ALLAH,” katanya.

INFO

Kejuaraan AUFT 2024

KEPUTUSAN

KUMPULAN A

Korea Selatan 8 – 0 Filipina

Malaysia 0 – 1 Oman

KUMPULAN B

Jepun 3 – 0 Taiwan

Vietnam 1 – 0 Thailand

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top