Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuat naik video menjawab komen-komen negatif netizen yang dilemparkan terhadapnya.
Menerusi video itu, Bella membidas komen netizen yang mendakwa Syed Saddiq suka melihat aktres tersebut disebabkan solekan.
BACA: Netizen Persoal Tiada Gambar Bella Astillah DI IG Ibu Syed Saddiq?
Menjawab dengan tenang, Bella berkata dia sememangnya suka bersoleh serta mempersoalkan mengapa individu itu pula yang tidak tenang.
“Ya sebab mekap semata-mata, lepastu kenapa awak pula yang tak tenang? Kulit saya, saya yang suka mekap..why not?” katanya.
Sementara itu, Bella turut membidas satu lagi komen netizen yang mengatakan penyanyi itu cantik kerana mempunyai duit.
“Sebab kerja, daripada awak tu duduk rumah tak buat apa-apa sibuk jadi keyboard warrior. Saya kerja guna duit saya sendiri untuk labur cantikkan diri sendiri, jadi lebih baik,” katanya.






