CGTN: China dan Malaysia bergabung tenaga untuk membentuk komuniti strategik bertaraf tinggi dengan masa depan yang dikongsi

CGTN: China dan Malaysia bergabung tenaga untuk membentuk komuniti strategik bertaraf tinggi dengan masa depan yang dikongsi


CGTN telah menerbitkan sebuah artikel yang menekankan bagaimana Presiden China, Xi Jinping, yang sedang dalam lawatan, telah merangka pelan pembangunan baharu untuk hubungan China-Malaysia untuk tempoh 50 tahun yang akan datang. Artikel itu juga menyerlahkan usaha kedua-dua negara yang sedang bekerjasama mempromosikan komuniti strategik bertaraf tinggi dengan masa depan bersama demi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada kemakmuran serantau.

BEIJING, April 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Tahun lalu, China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka. Merangka pelan baharu untuk hubungan dua hala bagi tempoh 50 tahun akan datang, Presiden China, Xi Jinping, yang sedang melawat, pada hari Rabu menyeru kedua-dua pihak untuk bersama-sama membina komuniti strategik bertaraf tinggi China-Malaysia dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Untuk membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua rakyat dan menyumbang kepada kemakmuran serantau, presiden China tersebut telah mengemukakan cadangan tiga perkara semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Xi menyeru kedua-dua negara untuk mengekalkan kebebasan strategik, memperkukuhkan sinergi pembangunan serta memperdalamkan pertukaran tamadun dan pembelajaran bersama.

Kerjasama berkualiti tinggi

Semasa pertemuan mereka, kedua-dua pemimpin menyatakan bantahan terhadap tarif yang dikenakan sewenang-wenangnya, sambil menggesa usaha bersama untuk menentang pemisahan dan gangguan rantaian bekalan melalui keterbukaan dan kerjasama.

Xi menyeru supaya kita menanggapi undang-undang rimba dengan nilai-nilai Asia yang berteraskan keamanan, kerjasama, keterbukaan dan keterangkuman, serta menanggapi dunia yang tidak stabil dan tidak menentu dengan sebuah Asia yang stabil dan pasti. Dalam konteks yang sama, Anwar menyatakan bahawa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tidak akan menyokong sebarang tarif yang dikenakan secara unilateral.

Sambil menyatakan kesediaan China untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala berkualiti tinggi, Xi berkata kedua-dua pihak harus mengukuhkan kerjasama termaju dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi biru dan kecerdasan buatan serta mengukuhkan pembangunan bersepadu rantaian industri, rantaian bekalan, rantaian nilai, rantaian data dan rantaian bakat.

Dalam artikel yang ditandatangani dan diterbitkan di media Malaysia, Xi menyatakan bahawa pada tahun 2024, perdagangan China-Malaysia mencapai $212 bilion, meningkat hampir 1,000 kali ganda berbanding tahap pada permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar China dan sumber import terbesar di kalangan ASEAN.

Malaysia merupakan antara penyokong terawal kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dicadangkan oleh China. Kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman BRI pada tahun 2017 dan sejak itu telah mencapai hasil yang memberangsangkan seperti program “Two Countries, Twin Parks” dan Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Selepas pertemuan itu, Xi dan Anwar menyaksikan pemeteraian lebih 30 perjanjian kerjasama dua hala yang merangkumi AI, infrastruktur dan pertanian, mempamerkan komitmen kuat kedua-dua pihak untuk mempetingkatkan kerjasama berkualiti tinggi.

Pertukaran tamadun yang berkembang pesat

Selain perdagangan dan pelaburan, China dan Malaysia juga telah menyaksikan perkembangan pesat dalam pertukaran budaya dan pelancongan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Xi menyatakan dalam artikelnya bahawa pada tahun 2024, terdapat hampir 6 juta kunjungan timbal balik antara kedua-dua negara, melebihi tahap sebelum COVID.

Perkembangan ini berkait rapat dengan dasar pengecualian visa bersama. Kedua-dua negara mula melaksanakan dasar tersebut pada 1 Disember 2023. Pada bulan Jun yang lalu, China bersetuju untuk melanjutkan dasar pengecualian visa sehingga akhir tahun 2025 dan sebagai timbal balik, Malaysia akan melanjutkan dasar tersebut sehingga akhir tahun 2026.

Xi pada hari Rabu menyatakan bahawa kedua-dua pihak harus mengambil peluang daripada perjanjian pengecualian visa bersama untuk secara aktif memajukan pelancongan, pertukaran belia dan hubungan tempatan serta memperdalam kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan, sukan, filem dan media.

Kedua-dua negara juga telah menjalankan penyelidikan bersama baharu mengenai perlindungan panda gergasi dan bersetuju untuk memohon bersama agar projek “Tarian Singa” dimasukkan ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.

Bulan lalu, filem China “Ne Zha 2” ditayangkan buat kali pertama di Malaysia. Filem ini segera mencatatkan rekod kutipan box office baharu untuk filem-filem China di pasaran tempatan.

Sebanyak 83.6 peratus responden Malaysia dalam tinjauan terkini CGTN menyatakan sentimen positif terhadap China. Selain itu, tinjauan tersebut juga menunjukkan 83.8 peratus responden berminat untuk melawat atau melanjutkan pelajaran di China.

https://news.cgtn.com/news/2025-04-16/China-Malaysia-eye-high-level-strategic-community-with-shared-future-1CCOu6tYBkA/p.html


            



Source link

OR

Scroll to Top