July 16, 2024

China lebur impian Malaysia ke pentas final BAJC 2024

China lebur impian Malaysia ke pentas final BAJC 2024


IMPIAN skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China pada saingan separuh akhir di Yogyakarta, Indonesia, hari ini.

Pada acara pasukan campuran itu, skuad negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih mata pertama menerusi kemenangan beregu lelaki Kang Khai Xing-Aaron Tai menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23.

Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita, Ong Xin Yee tidak dapat membawa momentum ke perlawanan kedua apabila tewas kepada Xu Wen Jing 15-21, 13-21.

China, selaku juara lapan kali, mendahului dalam perlawanan ketiga, apabila pemain perseorangan lelaki Wang Zi Jun menewaskan Razeeq Rosli Danial 21-17, 21-9.

China melengkapkan kemaraan ke pentas final dalam tempoh enam tahun selepas beregu wanita, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue menyumbang mata ketiga menerusi kejayaan menumpaskan pasangan negara Carmen Ting-Nicole Chau 21-12, 21-9.

Malaysia menamatkan kempen dengan mengulangi pencapaian pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta.

Acara individu kejohanan itu akan bermula Rabu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top