Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B tampil memberi respons susulan persembahan penuh emosinya dalam sebuah program nyanyian, baru-baru ini.
Menerusi ciapan di platform Threads, Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 21, menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.
“Cik B faham kalian rasa ‘cringe’ dengan persembahan Cik B. Tapi benda itu tak dibuat-buat. Memang ‘terrr’ atas pentas, tiada rehearsal dan memang teremosi.
“Tema pun lepaskanlah jadi kita lepaskan,” katanya.

Sebelum ini, DSV memaklumkan Cik B ‘melepaskan’ segala trauma yang dirasainya semenjak kecil melalui nyanyian lagu berjudul Salahku.
Artikel Berkaitan: Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil






