CONMEBOL siasat insiden pergaduhan

CONMEBOL siasat insiden pergaduhan


PENGANJUR Copa America, CONMEBOL membuka siasatan disiplin susulan ‘tindakan keganasan’ selepas aksi separuh akhir pada Khamis antara Uruguay dan Colombia di Charlotte.

Penyerang Liverpool dari Uruguay, Darwin Nunez adalah antara pemain yang meluru ke tempat duduk penonton di Stadium Bank of America semasa kejadian yang disifatkan oleh CONMEBOL sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Pertahanan tengah Uruguay, Jose Maria Gimenez berkata, pemain telah melompat ke tempat duduk penonton kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga dan orang tersayang yang menonton perlawanan pada perlawanan itu.

“Memandangkan tindakan keganasan yang berlaku pada penghujung perlawanan antara pasukan kebangsaan Uruguay dan Colombia, Unit Disiplin CONMEBOL telah memutuskan untuk membuka siasatan bagi menjelaskan peristiwa dan tanggungjawab mereka yang terlibat,” kata konfederasi itu.

CONMEBOL berkata, mereka tidak mahu kejadian berulang membabitkan dua kumpulan penyokong ketika perlawanan akhir antara Argentina dan Colombia di Stadium Hard Rock di Miami.

“Menjelang final Copa America kami, kami ingin menegaskan dan memberi amaran bahawa tiada tindakan yang mencemarkan sambutan bola sepak global akan diterima, melibatkan kedua-dua pasukan.

“Situasi seperti ini tidak boleh diterima kerana ia mengubah keghairahan menjadi keganasan. Oleh itu, tiada tingkah laku yang melanggar semangat sukan dan tontonan seisi keluarga akan diterima,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top